Apabila berkumpul ramai-ramai musim cuti CNY baru-baru ini agenda utama, seperti selalu ialah mengadakan PESTA MAKANAN KELUARGA. Dari resipi yang moden-moden spt pizza sampailah kepada ubi kayu rebus cecah kelapa. Bak kata orang belum pun kering tangan menyediakan breakfast dah bersambung dengan cadangan-cadangan menu makan tengahari. Masa makan tengahari ada dah melalut dengan cadangan menu untuk makanan petang nanti. Bila dah makan macam-macam yang pedas, yang manis maka perut pun meragam. Yang tak boleh makan pedas pun nak makan. Tak kiralah yang tua, yang muda pun sama ada yang masuk keluar tandas. Salah makan la tu. Nak ke klinik banyak yang tutup maklumla cuti. Yang tua-tua bolah la telan pil chikit tek on. Yang bebudak tu memang tak mau makan katanya tak tahan baunya. Busuk. Mak bonda yang tak sanggup melihat cucu keluar masuk tandas telah memberi petua untuk menghilang kan sakit perut kerana silap makan.
PETUA MAK BONDA
Untuk bebudak
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.
Untuk Yang Dewasa
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda
2. Kunyah daun jambu batu tersebut dan telan airnya.
Untuk bebudak
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.
Untuk Yang Dewasa
1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda
2. Kunyah daun jambu batu tersebut dan telan airnya.
INSYA-ALLAH SAKIT PERUT AKAN HILANG
IBU GURU MASIH DI SINI ........DAH CUBA PETUA TU......ALHAMDULILLAH
HILANG SAKIT PERUT TU
HILANG SAKIT PERUT TU
8 comments:
makasih mak bonda.. berguna nih
salam..
bagus jugak petua ni...
salam
Teringat masa saya remaja. [chewah...] kalau tak silap.. mak saya ajar.. kena pagut daun tu terus dari pokok dan kunyah.. dia kata buat macam kambing. hehe.. pernah dengar tak? Mana dia dapat versi tu pun saya tak pasti.
tq kongsi petua.
Ibu guru..saya pun sama..katanya..kena terus makan oucuk dari pokok..tak dipetik daunnya..
wah..info yg baru utk saya nih..
terima kasih..
:)
kala tak ada daun pucuk jambu, daun pucuk delima pun boleh cuba.rebus dan minum airnya.
tengkiu bonda.. :D
Assalamualaikum Bu Hajjah...wah blognya cantik banget.....dan unik...sering melancong ya bu guru
sukses.
ijin kopi artikelnya ya bu
Post a Comment