Ini salah satu faktor yang mengundang tetamu yang tidak di undang
(Balik sekolah tadi ada lori Indah Water parking depan rumah..........
lebih kurang 1 jam.......... pergi tengok rupanya driver tu tidor)
Pagi tadi sewaktu rehat sambil makan sempat berbual-bual dengan kawan ibu guru cik gu Kasmawaty. Katanya rumah Is, kawan anak ibu guru dimasuki pencuri, menurutnya kejadian itu berlaku waktu awal pagi, pukul 2 pagi. Tapi kejadian itu disedari oleh jiran sebelah, apabila anjingnya menyalak memberi signal bahawa ada tetamu tidak diundang sedang mengumpil pintu belakang rumah mereka. Jiran yang perihatin itu terus menelefon mak Is, kebetulan abang Is tidur di ruang tamu maka tak kesampaianlah hajat sipencuri itu. Selalunya waktu-waktu macam tulah sipencuri samada amatur atau profesional akan menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.
Petang tadi lebih kurang 5.30 petang, ibu guru sempat melayari internet dan melihat facebook kawan-kawan ibu guru dan menyiapkan satu en3 di blog ibu. Tiba-tiba ibu terdengar jeritan yang kuat pencuri....... ! pencuri..........! pencuri....... ! tolong.............. tolong............ tolong. Ibu guru meluru turun ke bawah dan meninjau-ninjau keluar. Ibu guru kenal ......... itu suara jiran selang sebuah rumah dari rumah ibu guru loghatnya bukan loghat utara. Dia menyewa disini, mencari rezeki untuk anak-anaknya......... seorang ibu tunggal yang gigih bersama lorinya berniaga di pasar malam. Kebetulan En. Suami balik beberapa minit selepas itu, terus ibu dan en. suami kerumahnya. Katanya arini dia tak berniaga, sedang rehat-rehat terus terlelap. Terjaga ...........terus terlihat tetamu yang tak diundang. Terus menjerit. Pencuri tu selamba ja keluar dari rumahnya. Dapatlah juga habuan si pencuri tu sebuah handphone.
Kalau di rumah Is tadi kejadian berlaku waktu gelap gelita tapi di kawasan perumahan ibu di siang hari waktu terang benderang. Bahaya...........bahaya........
IBU GURU MASIH DI SINI........................... MEMIKIRKAN KECURIAN, JENAYAH AKAN BERLAKU TAK KIRA MASA DAN TEMPAT. IA SENTIASA BERADA DI KELILING KITA........DAN MENUNGGU MASA AKAN TERJADI APABILA KITA LALAI DAN LEKA
4 comments:
salam buat ibu guru....
skrg ni pencuri terlebih pro...tiada waktu yang tertentu nak curi...asal line klear..siap la....
salam ibu guru..risau pulak hati ..walaupun kita cuba waspada...tetapi yang namanya pencuri tu..cekap aje..kan..
salam pak long...
dah jadi takut plak la ni, nak bukak
gate pun takut
salam erna,
mmg risau, kadang tu dlm rmah pun rasa x slamat..........
Post a Comment