Thursday, 6 May 2010

PANTUN DUA KERAT


Kata Sally masa ibu datang ke tempat kerja sekarang, Sally dalam tingkatan 5. Tapi ibu tak perasan akan dia. Dua tahun lepas Sally datang menjadi sebahagian dari warga sekolah ibu. Masa dia datang barulah kawan2 cerita mengenai perjalanan hidup nya. Dia seorang pelajar yang boleh dikatakan pelajar ada masa depan. Tapi lepas tingkatan 6, Sally terus kawin dan dikurniakan ada beberapa orang anak. Tapi jodoh, ajal maut ditangan tuhan......... tak dapat kita nak ramal. Suaminya meninggal semasa anak-anaknya masih kecil. Jadilah Sally sebagai "single parent" membesarkan anak-anaknya. Mungkin telah ditentukan Sally bertemu jodoh setelah lapan tahun bergelar ibu tunggal. Sally merupakan isteri kedua. Memanglah hidup berpoligami ni banyak cabarannya. Lebih-lebih lagi madu si Sally ni sekampung dan saling mengenali.

MAKAN KEROPOK IKAN PARANG

Beberapa hari lepas, semasa makan di kantin Sally memberitahu dia ada menghadiri kursus haji yang diadakan di masjid berhampiran dengan kediamannya. Kata Sally ramai bakal-bakal haji yang menghadiri kursus hari itu. Kata Sally, ada seorang KAKAK PERAMAH kebetulan duduk disebelahnya semasa mengikuti kursus itu. KAKAK PERAMAH pun mula bertanya kepada Sally seperti Michell dalam melody,

Nama apa?
Tinggal mana?

Kerja di mana?
Suami kerja apa?
Suami kerja kat mana?

Akhirnya KAKAK PERAMAH tahu siapa Sally sebenarnya. Kata Sally mungkin KAKAK PERAMAH tu kawan atau saudara madunya. KAKAK PERAMAH yang tadi ala-ala Michell, terus meminta buku catatan Sally terus menggunakan pena pula untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Sally. Sampainya hati KAKAK PERAMAH menulis pantun dua kerat yang berbunyi:


MAKAN KEROPOK IKAN PARANG
JANGAN AMBIK LAKI ORANG



Terkejut Sally dengan tindakan KAKAK PERAMAH tu.

Sally: Bila agaknya akak nak ke Tanah Suci ?

Kakak Peramah: Insyallah............. tahun ni.

Sally: Akak................. sebelum akak berangkat, eloklah akak dalami ilmu dulu dan bersihkan hati akak dahulu.


Kata Sally hanya itu yang mampu dibuat...................... hatinya sedih


IBU GURU MASIH DI SINI..........................MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SALLY
DUNIA DAN AKHIRAT........ MOGA TABAH MENGHADAPI CABARAN

18 comments:

Acik Erna said...

betul kata sally..sebelum menunaikah haji..bersihkan lah hati dahulu..kalau tak..lansong takde beza..sebelum pergi dan bila dah kembali..sayang...

mama ju said...

salam ibu Guru


Cerita yang buat saya terfikir2...

Cikgu Yang said...

Salam!! Hebat ceritanya. Terima kasih melawat site saya.

abu muaz said...

kali pertama saya jumpa pantun jenis ni

pak long said...

salam buat ibu...
bisa betul pantun ikan parang tu.....cam kena parang jer jiwa yg mendengarnya..

ISZA said...

susah kalau manusia takmau menerima qada' dan qadar.. setiap dari Allah itu ada hikmahnya.. manusia yang selalu pertikaikan..

hentian said...

Agak-agaknya hati siapalah yang perlu dibersihkan? Yang kena pantun atau atau bagi pantun?

IM - Tan Tin Tun!

secangkir madu merah said...

salam ibuguru...,
sempat pulak pagi pantun dua kerat ya...lucu betol manusia ni kan?
macam macam perangai..
anyway.., doaku buat insan yg bernama Sally itu..agar dia lebih tabah menghadapi segala ujian..memang bukan senang utk menjadi org nombor dua..

Maiyah said...

manusia ni kekadang x sedar apa yg sedang dikerjakan.. bg mrk ia betul..

iBu...gUru said...

salam kak erna,
sbg insan kita sentiasa memohon supaya hati kita sentiasa dibersihkan

iBu...gUru said...

salam mama ju
masa Sally cerita ari tu saya pun berfikir-fikir juga............ tak tau nak kata apa.......kita wanita......... spt wanita itu aku

iBu...gUru said...

Salam opah baru,
tq kerana sudi ziarah kembali

iBu...gUru said...

salam cik abu
nanti nak jemput kakak peramah tu jadi jurulatih pesta pantun sek2 2011

iBu...gUru said...

salam pak long
kadang kesian gak si sally ni........tapi mcm mana yg no 1 terima dulu lagi parah bukan parang lagi

iBu...gUru said...

salam cikgu isza,
tq krana singgah rmah ibu, x tau nak kata apa x terkena kat ibu.......tapi apa pun itu ketentuan NYA

iBu...gUru said...

salam IM,
sama2 lah kita bersihkan hati kita sebelum dijemput nyawa dari badan

iBu...gUru said...

salam cmm,
tu yg lucunya ............dlm masjid plak tu. betul bkan snang jadi no 2 tapi sally kena hadapi cabaran smua tu

iBu...gUru said...

salam maiyah
tu la sbagai insan kita kena saling ingat mengingatkan supaya kita atau dia tidak terleka ..........