Pokok Ulam Raja
Permintaan tinggi berbanding bekalan yang kurang menyebabkan harga ulam-ulaman di Malaysia dianggap tinggi. Kesempatan ini telah diambil oleh seorang petani muda Abdul Haris Syamsulrizal, 24 tahun dari Rawang mengusahakan tanah pertanian seluas 12 ekar untuk tanaman utamanya daun selom ,daun kesom dan ulam raja.
Dengan prinsip gambatte kudasai iaitu buat yang terbaik
Haris terus berusaha tanpa jemu
Dengan prinsip gambatte kudasai iaitu buat yang terbaik
Haris terus berusaha tanpa jemu
Pokok Kesom
Dengan hasil jualan ulam-ulaman itu Abdul Haris berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM 300 hingga RM 400 sehari.
Pokok Selom
Pokok Selom
Membekalkan 80 hingga 150 kilogram daun selom setiap hari ke Pasar Chow Kit, menjadikan Haris antara pembekal utama ulam tersebut
Permintaan meningkat 3 kali ganda apabila bulan puasa Buat masa sekarang Haris merupakan pembekal utama ke pasar2 borong dan turut juga membekal kepada pasaraya seperti Giant
Sekembalinya dari Jepun selepas menjalani latihan pengurusan pertanian selama setahun di bawa program Agriculture Exchange Council, Haris tidak lagi menoleh kebelakang dengan bermodalkan RM15000 dan dibantu oleh seorang rakan, beliau tidak teragak-agak lagi menceburi bidang pertanian. Katanya antara cabaran bagi seorang belia menceburi bidang pertanian adalah pandangan masyarakat yang masih berpandangan stereotaip dan negatif kepada anak muda yang menceburi bidang pertanian. Haris berpegang teguh kepada kata2 salah seorang gurunya semasa di Jepun yang menyatakan " MUDA ITU SEBENTAR..... TUA ITU LAMA. Maksudnya usia muda jangan disia-siakan kerana masanya singkat berbanding tua. Haris bercita-cita untuk terus berjaya membesarkan perniagaannya sementara masih muda. Katanya lagi buat masa sekarang tidak wujud persaingan dalam perniagaannya kerana pengeluaran ulam-ulaman masih berkurangan.
IBU GURU MASIH DI SINI................... SOKONGAN PATUT DIBERIKAN KEPADA BELIA2 KITA SUPAYA LEBIH RAMAI LAGI "HARIS" DAPAT DILAHIRKAN.....................PERTANIAN ITU PERNIAGAAN

10 comments:
Assallamualaikum Ibu,
Jom kita tanam ulam-ulam kat laman rumah...
Info yang baik dan penggerak buat ibu-ibu.
Sedapkan makan nasi ulam daun selom dengan sambal nyok.
Daun cendehom susah nak hiduplah..mama dah tanam berkali-kali tak tahan lama..suka pupus.
w/salam
salam buat ibuguru...
lama tak makan ulam raja...
Salam Ibu Guru,
Kak Ani kalau ke pasar tani, geram tengok ulam2 yang beranika jenis dan semua segar2 belaka. Harga pun berpatutan.
Pernah juga tanam daun kesom dari pasu. Subur hidupnya. Tapi dek kerana tak dipetik selalu, kerana tak selalu masak lauk yang guna daun kesom, akhirnya pokok tu merana dan mati terus.
salam nadz
pucuk selom & pucuk ulam raja buat kerabu nyoq lagi sedap......... daun cendehom dia nak tempat yg lembab baru dia merimbun...... ibu senang je p amik rmah mak.... rmah mak macam2 ulam ada. nak apa..... pucuk janggus,pucuk beluntas .........
salam pak long
ulam raja buat ulam sedap, buat kerabu pun sedap. teliuq la pak long
salam kak ani
k. ani ni mmg suka ulam la. kalau kat pasar tani tgk ulam semua nak beli tapi makan berdua je x sedap juga, kalau kat rmah mak rmai2 mmg sedap.....
Kawan hang ke buat business ulam-ulaman tu...aku sekarang pun kena banyak makan ulam je...berat aku la ni dah 78....nak turun lagi 8 kg baru nak sama dgn hang.....
salam linda
anak kawan............... 9kg hang kena turunkan sbb la ni aku 69kg x cecah lagi 70kg. aku ni nak turun cam ne free jer p kantin........ teruskan program hang......
assalamualaikum,
boleh bagi saya no telefon En haris.. sebab saya sedang buat project mengenai Ulam raja dan ingin mendapatkan stok ulam raja. terima kasih
Post a Comment