Sunday, 28 November 2010

MOGA BAHAGIA ( 2 )


DI PAGI AIDIL FITRI
tok wan bersama anak & cucu lelaki


DI PETANG AIDIL ADHA
anak dan cucu lelaki mengikuti rombongan untuk meminang utk tok wan


Balik dari majlis perkahwinan di rumah sepupu singgah rumah tok wan (mertua).
Lapan orang anak-anaknya semua ada termasuk my laling.

Tok wan ajak anak2nya ke majlis walimah anak kenalannya yang dikenali di Mekah di Balik Pulau.
Tak semua anaknya berkesempatan untuk bersama-samanya.
Yang pergi hanya empat orang anak perempuannya bersama keluarga masing2....
Tinggallah anak2 lelaki bersama pasangan masing2 di rumah tok wan..........

Sebelum pergi akak ipar sulong berkata " buatlah apa2 yang patut............". Minggu depan ada majlis akan berlangsung di rumah tok wan. Anak2 lelaki yang empat orang tu mengambil tugas di kawasan luar rumah.
Cikgu Ita, cikgu Intan, cikgu Ani dan ibu guru menantu2 pilihan ni mengambil tugas didlm rumah.
Di kesempatan ini sementara tuan rumah tak ada................ Kami berempat mengambil keputusan mengeluarkan apa2 tidak diperlukan dalam rumah tokwan..
Apa2 yang tak sedap mata memandang kami keluarkan ............ Biasa lah tok wan, dah lima bulan tinggal bersendirian tanpa opah.......
Pakaian2 nya digantung kat ruang tamu......... katanya senang nak pakai.

Kan tak sesuai tu...................... Nampaknya langkah2 kami tu mendapat restu daripada anak2 lelaki tok wan..... Semasa mengemas banyak lah benda yang dah lusuh kami keluarkan dari rumah.
Termasuk dua almari lama............. yang masih perlu disimpan yang tak perlu dibakul sampahkan .......

Banyak juga barang2 peribadi tok wan yang kami alihkan........... Dan barang ini tok wan pun dah tak ingat.......... antaranya sekeping cek bernilai RM3952.00 yang tok wan lupa nak tunaikan bertarikh 27.1.2007, tiga keping sampul surat yang berisi wang yang agak banyak jugalah.......... tok wan, tok wan ............banyak juga duit tok wan ni walaupun kerja kampung.

Alhamdulillah ................... tok wan merestui dan berterima kasih

Semasa mengemas terjumpa juga buku simpanan ASB yang telah penuh ...... simpanan tabung haji pun masih banyak walaupun entah keberapa kali dah menunaikan haji dan umrah..................... Itu lah berkat tok wan berbudi pada tanah ............


IBU GURU MASIH DI SINI................. MALU KAT TOK WAN KALAU TOK WAN TAHU CEK LEBIHAN INCOME TAX 2009 RM535.00 TAK SEMPAT SEMINGGU KAT RUMAH.............

6 comments:

Acik Erna said...

semoga berbahagia..dapat teman..untuk tidak kesunyian ..taniah.

Lin said...

Bagus2 menantu tokwan.....

rerama salju said...

tokwan ke yg nak menikah ?

iBu...gUru said...

salam kak erna
harap2 macam tu lah......moga tokwan bahagia

iBu...gUru said...

hai linda........ jemput le ke utara, leh makan nasik minyak tok wan

iBu...gUru said...

rerama salju........... ye tok wan nak dpt pengganti opah dengan restu anak2..............