Saturday, 4 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH


Dibaca 3x selepas Asar sebelum Maghrib
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.
Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.
Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya..
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...


Dibaca 3x selepas solat Maghrib
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad.
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amin... Amin... Amin...



IBU GURU MASIH DI SINI.................. YA ALLAH YA RAHIM KAU JADILAH KAMI INSAN YANG LEBIH MULIA, LEBIH BERTAQWA DAN BERHIJRAH MENJADI LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI.... AMIN....

5 comments:

missgee said...

Buk..
Salam Maal Hijrah..
Semoga hidup kita diberkati
Allah s.w.t..

Acik Erna said...

ibuguru..salam maal hijrah..

Rohani M.U said...

Salam Ibu Guru,
Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. Salam Maal Hijrah buat cikgu sekeluarga. Semoga 1432H membawa lebih pengertian dalam kehidupan dan dilimpahkan rezeki berupa kesihatan yang sihat kerana nikmat/rezeki sihat itu tidak ternilai harganya.
" 1 Malaysia 1 Ummah ".

Irtiyah said...

Salam

Selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu.

Anonymous said...

Salam Ibu Guru,

Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga kehidupan Ibu Guru sekeluarga sentiasa diberikatiNYA.