Monday 20 December 2010

HARI INI ....................



HARI INI SESUDAH SUBUH

Hari ini Isnin my laling hari bekerja, my bujang dah balik ke kampus.
Bermulalah semester barunya kat UIA.
selepas solat suboh........
Sediakan pakaian dan sarapan my laling.
Hantar ke kereta , tutup pagar and Bye2 my laling.
Keseorang di rumah........
Jeling2 pokok bunga kat luar seperti biasa siram
buang mana2 yg patut.
Sayang pula tengok pokok yang di potong tu.........
maka jadi lah
v
v
v
v
v




Penghias Meja




Kata orang getah pokok ini beracun
tapi tak apalah ... abaikan tak ada anak kecil




Ini pokok lengkuas dah besar ni dah
lebihan buat rendang aidil fitri dulu letak bawah pokok hidup pula
sayang nak buang jadikan jambangan
dah tak muat bekas tu nanti baru dipindahkan ke tanah


HARI INI SESUDAH ZOHOR

Hilang terus mood untuk menyiapkan tempahan
Hanya sepasangbaju kurung Pahang yang dapat disiapkan
Itu pun baju sendiri........
Kena siapkan juga weekend ni kan banyak jemputan walimah
Rumah Pengetua sekolah, jiran sekampung, kawan my laling,
dua orang ex- student beria datang kesekolah bagi kat undangan
Rasa2 tak boleh penuhi kesemua tu.........


Ni jer yang siap esok kena siapka lagi sepasang untuk
Sabtu dan Ahad


HARI INI SESUDAH ASAR

Menunggu kepulangan my laling
dah ada dalam fikiran nak buat
SERA UBI KAYU DAN TEA O PANAS
Sedap juga makan sera ini petang2 hujan pulak tu


Ubi kayu mak bonda berbudi pada tanah


Dah masak pun


Siap untuk di makan


HARI INI SESUDAH MAGHRIB

Tertunggu-tunggu siaran berita untuk melihat tragedi yang sungguh
menyayat hati kemalangan maut di Simpang Pulai -Cameron
Kemalangan mengorbankan 27 orang pelancong dari Thailand



HARI INI SESUDAH ISYAK





IBU GURU MASIH DI SINI................... HANYA MEMBISU SENDIRIAN TANPA TEMAN UNTUK BERBICARA HARI INI SEHINGGALAH MY LALING PULANG PADA PUKUL 6 PETANG............ TAK APA MINGGU DEPAN DAH MULA KE SEKOLAH ....... REHAT2KAN MULUT SEMENTARA BELUM DIPERLUKAN UNTUK BERCAKAP BANYAK................

11 comments:

Anonymous said...

Salam Ibu Guru,

Wah padatnya aktiviti seharian.

Itulah kita tidak ada waktu yang betul-betul erti cuti sebab dalam bercuti kerja pun kita masih tak 'cuti'.

Penat tak apa, janji hati puas.

Acik Erna said...

salam ibu guru..
dairi seorang guru sewaktu cuti sekolah..dai subuh hingga isyak..
tapi kan..akak kagum betul..sejuk tangan ibu guru..sampaikan lengkuas pun boleh hidup maca tu..
akak puas nak menanam lengkuas padi..
yang paling sedap dibuat masak apa pun..tapi tak hidup jugak..kuciwa..he he..

missgee said...

Buk,
Tak lama buka skola..
Rutin harian akan berubah..
makin sibuklah kita..
Mendidik anak bangsa..
Semoga kita diberi kekuatan
dan kesihatan yg baik :)

sal said...

berziarah di sini..ceria2 selalu dengan pokok2 bunga yang segar dan cantik mata memandang..

secangkir madu merah said...

alhamdulillah..penuh masa dgn kerja2 berfaedah...

malam penat tidor zzzZZZzzz

Admin P@P said...

Assalamualaikum Cikgu.
Seharian yang dipenuhi dengan aktiviti. Tiada pembaziran masa, tiada melepak...

Semoga sentiasa ceria.
TQ

nadz said...

Assallamualaikum ibu guru,

Dah la pandai menjahit..
pandai pula menghias rumah
green fingers lagi..

masak pun best!

..seorang cikgu ..
Selamat menunggu persekolah 2011
w/salam

sal said...

selamat menyambut tahun baru 2011

hentian said...

1. best jadi suri rumah yer..

2. url anda dah IM masukkan ke bloglist 2011 IM. teruslah menulis genta rasa!

Maiyah said...

rmh sy xleh letak hiasan pokok camni jawabnya hancuss hehe :D

pak long said...

salam buat ibu...
sedap makan ubi rebus tu....