BERBURU ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
IBU GURU MASIH DI SINI ................ BESOK 16 MEI 2011 DI PERHIMPUNAN PAGI SAMA-SAMA KITA NYANYIKAN LAGU KERAMAT KITA............ GURU MALAYSIA
Rindu pulak kat bujang tu. Pagi tadi si bujang Firdaus dah balik ke UIA
Yang no 3 dari kanan tu Harith. Sekarang kat SBP STAR Ipoh . Tinggal kat asrama. Comey nyer cikgu Harith..........
Sejak kat STAR jatuh cinta kat Rugby pulak. Permainan yang ibu paling tak suka jadi minatnya . Melihat kesungguhannya terpaksa semua keluarga merelakan. Mewakili sekolah .................. bawah 14 tahun. Cuti hari pekerja minggu lepas pun tak balik. Sedih juga tengok anak orang yang tinggal di asrama balik.
Permainan yang lasak jadi minatnya......... Kenapalah tak minat badminton. Tak la kotor macam tu
Cuti hari pekerja ke Sek. Sains Selangor. 2 bulan lepas USM Rugby open.......... Sekolahnya mengambil bahagian, dia mewakili sekolah Walaupun USM tu depan rumah ibu........... Tak nak bermalam dirumah nak bersama kawan2 & cikgu2nya Harith......Harith
Game ni masa kat Melaka, cuti hujung tahun lepas
Alangkah indah jika masa ni dapat berulang kembali. Anak2 sentiasa disisi........ Harith yang baju biru tu...... masa tu baru tahun 1 Gembira bersama sepupu2 kat rumah tok di musim cuti. Yang baju merah tu adiknya Aina sekarang tahun 6. Tahun depan ?
IBU GURU MASIH DI SINI................. ESOK HARITH AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MOGA HARITH DAPAT MENJAWAP DENGAN TENANG........ DAN DAPAT BERSAMA MASA CUTI SEKOLAH NANT
My ex-tunang ajak dating kat Sungai Petani. Ada urusan mengenai kereta nya. Terus bersiap......... ajak my bujang sekali. Kalau berdua-duaan tak seronok pulak. Habis urusannya .......... My ex-tunang ajak lunch. Pusing-pusing bandar SP sambil berbual-bual. Petang......... My bujang ajak pekena RFC kat Laguna Merbuk. I & my ex-tunang OK jer..............
Parking kat depan tu.....
Kat luar pun boleh tapi I, my ex-tunang & my bujang masuk dalam lebih selesa ada econ..............
Kita order ini .........
........dan ini................
dan ini jer......... cause dah lunch tadi, tak le lapar sangat. saja nak bersantai kat dalam tu jer.....
Kenapa I with my ex-tunang datang RFC?
~ dimiliki oleh syarikat HPA .. 100% dimiliki oleh orang Islam ~ mengamalkan prinsip halalan toyyibah dalam semua urusan ~ menggunakan ayam organik iaitu ayam yang bebas daripada bahan kimia ~ rasa yang sedap..setanding malah lebih baik daripada jenama terkenal ~ pelbagai pilihan menu ~ harga yang berpatutan
Bagi yang belum pernah cuba.. carilah kesempatan mencuba RFC.. bersama kita menyokong ekonomi ummah.
IBU GURU MASIH DI SINI.................. JANGAN ADA YANG BERKATA-KATA TAU...... SEBENARNYA MY EX-TUNANG TU SEKARANG DAH JADI MY HUSBAND @ MY LALING.....................................
Dapat undangan majlis perkahwinan dari classmate my laling. En. Azhari dan Pn. Nurfisah ,melangsungkan perkahwinan puteri sulungnya. Nur 'Adilla dan pasangannya Ahmad Afifi affiq.
Bertempat: Dataran Klah Homestay Felda Sg. Klah Sungkai, Perak
Menujulah kami ke homestay Sg. Klah. Dah lama tak masuk felda ...... cantik permandangan yang menghijau.
Pintu masuk Dataran Klah. Ada replika labu sayung
Dewan tempat makan beradab pengantin dan pelamin. Disinilah berlakunya reunion my laling dengan kawan2nya. Pelajar-pelajar dari Sek. Izuddin & Sek Raja Perempuan Taayah IPOH. ( 1975 - 1979) Maklumlah dah lama tak jumpa panjang le cerita. Nasib baik ada my bujang.
Inilah Dataran Klah......... Tempat tetamu menjamu selera.
Pelakon Gerak Khas ni pun ada. Salah seorang classmate my laling sekarang ni pegawai polis kat IPK Penang.
Hajat nak kesini tak kesampai .................. Menuju ke Slim River pula 20km dari Felda Sg. Klah.
Inilah tujuan nak ke Slim nak tengok baby baru. Cucu FIL yang ke 28. Tahniah buat SIL Madhihah namanya. Baru seminggu usianya. Comel macam Kakaknya Mysarah.
IBU GURU MASIH DI SINI .................. SELAMAT BERCUTI KEPADA WARGA PERAK. BUKAN WARGA PERAK PUN TUMPANG CUTI JUGAK.......................
Dahulu seia sekata, Namun kini semua telah berlalu
Korus Sayang kuingatkan dirimu…. Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
Sayang kuingatkan dirimu…. Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.
( Al-Fatihah utk arwah ayah )
PERKARA-PERKARA YANG PALING AKU TAKUTI DIZAMAN KANAK-KANAK
Pertama Isu sensitif. ya, aku takut jika Allah tentukan kepada aku untuk menerima kehilangan ayah+mak .
Tapi sekarang.......... aku berjaya menerima kenyataan bahawa Allah lebih menyayangi ayah ku. Kedua Bilamana aku akan terpaksa tinggalkan kampung halaman untuk merantau/melanjutkan pelajaran/bekerja.. Ohh! tidak. payah sekali menerima hakikat ayat disitu. dan for sure, saya akan menangis setiap masa.
Tapi sekarang ................. yang paling aku takuti tu telah berjaya aku lalui
Ketiga Aku juga takut untuk menerima facts yang mengatakan aku telah gemuk. walaupun, kadang-kadang saya berpura-pura macamni "bila lah nak gemuk ni?"
Tapi sekarang......... aku telah berjaya mengharungi dengan jayanya tanpa rasa takut........... Keempat Aku takut jika aku hilang ingatan. dan lupakan semua memori indah aku. terutamanya kenangan bersama kawan-kawan
Tapi sekarang ............ kenangan manis bersama-sama kawan-kawan masih segar dalam ingatan
IBU GURU MASIH DI SINI.............. IMAGINASI ZAMAN KANAK-KANAK .......... BILA DIFIKIRKAN ENTAH APA-APA ............