Dalam menempuh ombak dan arus
kami memohon berkepanjangan
tunjuki oh Tuhan jalan yang lurus
hindari kami hilang pegangan
Seandainya kami salah dan silap
lengah berbuat tegah dan suruh
berilah kami Tuhan di adalam gelap
sebuah bintang kan ganti suluh
Jangan biarkan kami makin bertambah
bertambah jauh dari pintu mu
berilah kami Tuhan hati yang tabah
menghadapi arus kala bertemu
Pada Mu oh Tuhan yang maha kuasa
mohon tunjuki jalan yang lurus
jauhi kami tuhan berputus asa
dalam menempuh ombak dan arus
IBU GURU MASIH DI SINI ..................... TAK PERNAH LUPA MENDOAKAN KEBAHGIAAN AYAHANDA DI SANA MOGA DITEMPAT BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH......
9 comments:
tabah hati hadapi ujian ,mohon dipermudah segala kepayahan....
salam ziarah
memang hanya ALLAH yang mampu membantu hamba2nya...
moga cikgu tabah menghadapi semua ujian hidup...
muga allah tunjuki kita jalan yang lurus.
jangan lupa tinggalkan url ibuguru di bakal bloglist 2011 IM ya..
sama lah ibu guru - saya sentiasa mendoakan untuk kedua arwah ibubapa saya yang telah sekian lama meninggalkan dunia ini
salam en.zul ...... mmg itulah yg selalu dipohon selepas solat ... dipermudahkan segala urusan......
salam manje............ ibu selalu berdoa, jika Allah hendak menduga hambanya ini berilah dugaan yg mampu ditanggung oleh ibu .............
salam IM............ tunjuki lah aku jalan yg lurus ...... setiap hari dipohon dalam solat..........
salam SAK ...........ya Allah ya Tuhan ku tempatkan lah mereka yg mendahului kami bersama orang2 beriman...... dan Kau berilah pertnjuk dan hidayah kepada kami yg bakal menjejaki mereka. Amin.
Doa Itu Senjata Mukmin!
p/s: Terima kasih kerana Ibu follow blog anastasyea dan tinggalkan link blog dekat entry Saya Nak Follow Blog Anda .. Sila Tinggalkan URL Blog Di sini!. Kat sini nak bagi tahu .. anastasyea pun dah follow blog Ibu juga. =)
Post a Comment