Sunday 13 December 2009

LUAHAN RASA..........RENUNG-RENUNGKAN

Luahan rasa ini ibu guru petik dari MINGGUAN MALAYSIA hari ini. Bagi yang tidak melanggani Mingguan Malaysia, sila amati dan renung-renungkan ...


Maafkan Natrah, Ina dan Aida


Pada 14 tahun yang lalu, saya dalah penuntut IPTA di selatan tanah air. Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa keke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah. Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan. Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aidaselalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan. Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah. Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi. Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka. Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar. Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana taku di ejek pekerja dobi. Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan. Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih. Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauh diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah. Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan. Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengan nya. Saya akur dengan permintaannya. Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. " Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak. Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," katanya.
Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu. Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu. Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu. Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada orang di keliling. MAAFKAN NATRAH (NED).

NATRAH BT. NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur


IBU GURU MASIH DI SINI...................... MEMIKIRKAN KERDILNYA IBU GURU ..........

2 comments:

hentian said...

Menyentuh perasaan. Kita kelak entah bagaimana...

rerama salju said...

Subhanallah..Saya insaf mengenang diri.....