Friday, 26 February 2010

BALIK RUMAH MERTUA


CUTI MAULIDUL RASUL

Ambil kesempatan cuti hari ni balik rumah mertua. Sempat juga
snap gambar di atas. Tengoklah keadaan sawah padi di musim kemarau
yang kering kontang. Siap di bajak tapi tak boleh nak tabur benih lagi......
menunggu air di masukkan dan yang penting menunggu hujan rahmat


Hujan oh hujan bila kau nak turun......panas...panas.


Bila balik ke rumah mertua maka bertandan-tandanlah kelapa muda
menjadi mangsa. Pokoknya yang rendah boleh di capai dengan tangan
tak perlu galah untuk mengambilnya
.



Ada yang kulitnya berwarna hijau tapi yang penting air dan isinya,
dicampur dengan air batu.
Enak sekali.....



Ini kulitnya berwarna kuning, air manis dan menjadi rebutan
bila berkumpul ramai-ramai di hari cuti.
Mesti meleleh air bila didepan mata



Petua Mak Bonda

Untuk mengurangkan panas badan demam atau demam campak

1. Ambil kelapa dan kupas untuk untuk mendapatkan airnya.

2. Tuang kedalam cawan dan minum.

3. Amalkan meminum sehingga panas badan turun.

4. Ada pendapat mengatakan tak perlu dituang kedalam cawan, minum
terus setelah buah kelapa dikupas. Setengah pendapat mengatakan cara ini lebih
berkesan. Apa pun dengan izin Allah. Insya Allah.



IBU GURU MASIH DI SINI.................. AKAN PULANG KE RUMAH MERTUA BILA ADA KELAPANGAN

15 comments:

pak long said...

salam buat ibuguru..
amboi best nya minum ayaq nyoq muda...

Mybabah said...

Salam Ibu Guru. Musim panas al-nino ini, jualan air kelapa pasti laku kerana ia boleh menyejukkan badan. Ibu Guru perasan tak, sejak kebelakangan ini ramai kedengaran orang tua-tua meninggal. Adakah semua ini ada kaitan dengan cuaca panas sekarang? Wallahualam.

iBu...gUru said...

salam pak long memang sdap ayaq nyoq pak long
mentua lalu blakang pun x nampak

iBu...gUru said...

Salam Babah.
kaum kerabt saya yg tersekat 2 org
meninggal bulan ni, warga emas opah dan tok sedara. OTW pergi & balik kerja pun kerap juga rumah yg ada kematian tapi tak tepikir plak sebab
bahang kepanasan ni. mungkin juga kot.

TUKANG KATA said...

wah..sedapnya air kelapa muda..lagi2 cuaca panas ni ya!

a kl citizen said...

teruk juga nampak kemarau tu ya

maiyah said...

salam ibu guru.. sy mmg suka tul ngan air kelapa ni.. mkn skali ngan isinya.. sedappppp;)

Husin Husaini said...

Salam ibu,,,

apa kbr ibu?moga sihat dan ceria sokmo...best betul dpt minum air kelapa musim panas ni kan...kalau kt kg baru best...bila kt bandar ni,terpaksa beli yg org siap bancuh jelah... hehe...

hari2 beli air kelapa balik sk...musim panas ni...hehe...

P/S: Cantik rumah baru ibu...hijau damai dan mendamaikan...saya suka...

iBu...gUru said...

salam cikgu KL
memang menduga betul kemarau ni

iBu...gUru said...

salam maiyah
mmg sdap maiyah.ada ke org yg
x suka air kelapa ?

iBu...gUru said...

salam cikgu husin
ibu baik jer.mmg sdap...tambah2
waktu blk sek.... panas terik.
masa nak pergi aktv. ko-ko bli lagi.
yd best nya kat kg dpt yg ori dan
isinya pun byk.

P/s
rumah baru ye... baru renovate pinjam bank rakyat. tq

Cikgu Lin said...

Dah lama tak rasa air kelapa yg ori ni...selalu beli kat tepi jln je...yg bestnya kelapa dia yang lebik2 tu...sedaaaap.

Aida Ali said...

Salam belated Maulidur Rasul

fzi said...

Salam ibu guru...
Timakasih sudi singgah tengok okid akak...
Cantik blog ibu guru... sejuk je mata tengok green... :)

acai said...

Salam ibu guru...
Air kelapa ni kalau betul kaedahnya boleh menjadi ubat tetapi boleh memudaratkan kalau mengambilnya terlalu banyak iaitu lomah badan.