Saturday 6 February 2010

PESANAN LUQMANUL HAKIM ( 5 )

BUAT TATAPAN DAN RENUNGAN
ANAK-ANAK IBU & ANAK-ANAK DIDIK
IBU GURU



( 21 )

Hai anakku,
usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan
kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar
kerana engkau akan merasa lebih selamat apabila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicara mu
mendatangkan manfaat kepada orang lain.

( 22 )

Hai anakku
janganlah engkau mudah ketawa
kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tiada guna bagi mu,
janganlah mensia-siakan harta mu

( 23 )

Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata
yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya
daripada berkata kotor tentu akan menyesal

( 24 )

Hai anakku,
bergaul rapatlah dengan orang yang berilmu,
perhatikanlah kata nasihatnya kerana
sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya.
Hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah daripada mutiara kata-katanya
bagaikan tanah yang subur lalu disirami hujan.

( 25 )

Hai anakku,
ambillah harta dunia sekadar keperluan mu sahaja
dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhirat mu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah
kerana
nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya
kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka
kelak akan membinasakan diri



IBU GURU MASIH DI SINI.................. AKAN SENTIASA SEPERTI BULAN BERKONGSI CAHAYA MENERANGI ORANG LAIN

No comments: