Sunday, 4 April 2010

JOM BUAT JERUK MANGGA MUDA


Mangga ini pelajar ibu yang beri. Sebenarnya banyak yang dibawanya.
Tapi sekarang dah tak berapa minat dah mangga muda.
Ibu panjang kan sedekah budak itu kepada kawan2.
Enam biji ini pun rasa dah tak terhabis.
Ada juga bertanya kepada budak tu kenapa tak biarkan hingga masak.
Katanya kalau biarkan masak nanti busuk.
Ibu bayangkan kalau masak sedap nyer........


Nak buat apa hah !
Mangga muda ni elok buat jeruk jer........
Jom kita buat jeruk.


Seelok eloknya kulit buah mangga itu di kupas.
Kalau jeruk yang dijual ada juga yang tidak dikupas kulitnya.
Rasanya lebih enak jika di kupas.
OK ...... kupas ya....... jangan tak kupas


Setelah dikupas p0tong cam ibu buat tu.
Tak mau potong cam tu pun tak pa.
Ikut suka camna nak potong asalkan tak sebijik2
OK ... dah siap potong jangan lupa basuh hilangkan getah2nya.
Masukkan mangga tu dalam mangkuk dan gaul dengan garam.
Biarkan semalam supaya terasa garamnya.
Seeloknya simpan dalam peti sejuk.
Esoknya buangkan air garam dalam mangga muda tu.
Kemudian.....
Masak air gula.......... banyaknya gula, agak2 je lah berpadanan dengan
buah mangga muda tadi.
Biarkan air gula tu sejuk dahulu.


Masukkan mangga tadi dalam bekas yang bertutup.
Ibu gunakan bekas kaca seperti diatas ( bekas milo)
Kemudian masukkan air gula yang disejukkan tadi.
Seperti biasa simpan dalam peti sejuk semalaman.
Lepas tu boleh la dimakan.

Jom ........... cuba buat jeruk sendiri tanpa apa2 pengawet .........



IBU MASIH DI SINI.......................... DULU MASA MUDA MEMANG SUKA BANGAT JERUK............. SEKARANG DAH KURANG

12 comments:

pak long said...

salam buat ibuguru...
amboi nak jadi toke jeruk pulak ka....kalau ibu lalu dekat kawasan masjid tinggi...dekat kilang beras ada juai jeruk..sedap jeruk dia..

Erna said...

ibu guru..jerok mangga..sedapnya..kegemaran tu..lagi jerok yang sejok..dari peti ais..hmm...

maiyah said...

dah siap nnti pas kat kita heheh.. meleleh lak air liuq nih

Shieda said...

kecur air liur!! nyam nyam...saya plak buat colek mangga!!

SIREH JUNJUNG said...

aduhhh ibu.... kalau jeruk mangga nie.. semcm org lagi mengandung ajaaa...

Apa betul??.. ha ha ha .

kalau betul apa salah nya. kan...
sebagai anugerah...
nanti g umah nenek ambik award ya...

Cikgu Lin said...

Kecur air liur...semalam makan colek mangga dgn shieda...kait buah mangga kami digigit kerengge...

iBu...gUru said...

salam pak long
mesti nak singgah kat masjid tinggi, pak long rekomen msti sdap pnyer..

iBu...gUru said...

salam erna,
kalau dah pompuan tu pompuan jgak......... mesti suka apa2 saja jeruk. sama lah kita........

iBu...gUru said...

salam maiyah,
cian maiyah..nampak ja dok meleleh ayaq lioq tu...

iBu...gUru said...

salam shieda,
colek yang buat sendiri mmg sdap........malam2 pun bleh jadi tak ada mangga epal hijau pun jadi

iBu...gUru said...

salam nenek,
mengandung ?.............. tak sanggup dah nek. kalau ada orang ltak baby depan gate mcam dok belaku sekarang ni tak pa, sanggup je bela. kalau mengandung ... dak kot.
award....... ndak yg biru leh dak...tq ....sayang nek

iBu...gUru said...

salam cik gu lin,
colek....... ingat dulu masa katjln mewah 3, sahur boleh kita colek betik. ish2x, masa kat situ smua sdap. kalau dkat leh hantar....