Sunday, 25 April 2010

KAWAN LAMA


Dah masa untuk servis kereta.
Balik sekolah singgah rumah sekejap untuk mandi dan solat.
Lebih kurang 25 minit sampai ke pusat servis Cergazam Prai.

Tak banyak kereta, rasanya tak lama menunggu kot.
Lagi pun servis biasa jer.
Jam menunjukkan pukul 3.25 petang


Dalam menunggu ada dua orang yang datang ke sini untuk tujuan yang sama.
Seorang cina dan seorang melayu.
Seperti biasa aktiviti semasa menunggu kereta diservis.
Baca paper, tengok tv dan minum-minum.



Tengok yang melayu tu rasa cam kenal jer.
Tapi kenapa nampak tua sangat rambut dah beruban penuh.
Ibu pun tak la muda sangat tapi tak la uban macam tu.
Pada hal sama-sama satu kelas kat BM High School.
Dia pun nampak macam curi-curi pandang jer kat ibu.
?
?
?
?
Ibu nak tegur takut silap orang ...........nanti malu pulak.
Biar lah. Duduk diam-diam sambil tengok tv.
Kemudian dia datang duduk sebelah ibu.
" Tumpang tanya........ ni S******kan, ingat dak saya ? Kita satu kelas
masa kat BM High dulu . "
Memang tepat jangkaan ibu tadi.
" Azlan kan........"
" Ingat dah lupa "
Banyak juga yang ibu dapat tahu perkembangan mengenai kawan-kawan.
Antaranya, Jamy dah meninggal enam tahun lalu akibat
barah payu dara. Suami Izah juga dah meninggal.
Mus pun dah jadi arwah kemalangan menjelang raya 10 tahun lepas.
Ya Allah banyaknya yang aku tahu mengenai kawan-kawan.
Pada hal mereka semua tu adalah kawan baik masa sekolah dulu.
Dan Azlan ada bagi tahu....secara bergurau
" Abang Yah dah kawin dengan Umi Aida "
" Yang itu aku pun tahu..... satu Malaysia satu"
Yah adik Datuk Paduka K adalah classmate kami dulu
dan Datuk Paduka K adalah senior kat sekolah dulu.
Salam dok sembang-sembang tu...............
" Kak.......... dah siap."
Terus ke kaunter selesaikan pembayaran.
Jam hampir hampir pukul 5.00 petang.
Minta diri terus keluar.


Terasa lapar ........baik pergi Mc D Bandar Perda.
Orang tak ramai tak perlu berbaris terus order jer.


Bila dah lapar semuanya sedap


Hah ! ni la bubur ayam............. sedap jugak


Ini lah yang paling sedap

Dah kenyang pusing-pusing kat Jusco dapat lah kasut ngan T-shirt. Masuk Watson
cari lipstik Siti. Di sekolah tadi ada pelajar tanya........"Cikgu tak beli ka lipstik Siti Norhaliza"
Kami dah beli dah pakai pun. Nampaknya mendahului cik gu budak-budak tu.
Dalam perjalanan pulang teringatkan cerita-cerita si Azlan tadi. Banyak lagi kawan-kawan yang terpisah tak dapat dikesan.


IBU GURU MASIH DISINI.........................DENGAN MELAYARI FACEBOOK DAH RAMAI KAWAN-KAWAN YANG LAMA TERPISAH DAPAT DIJEJAKI. HARAP-HARAP MUNCUL LAH LAGI KAWAN-KAWAN YANG LAMA TERPISAH WALAUPUN HANYA DI ALAM MAYA

8 comments:

pak long said...

salam buat ibu...
tu la kan..kalau jumpak kawan masa sekolah dulu..rasa-rasa cuak nak tegoq...pasai dah banyak berubah..

zunaida said...

Rajinyer makngah.. pi servis kete sorg2 ker...tak boring yer...ida x leh mesti nak kena bw teman..tak pun bw novel ker... klu x confirm boring...

Kunang-Kunang said...

Salam ibu guru,

Bila kita terkenangkan kawan lama, mesti kita terbayang wajah dia semasa kali trakhir kita jumpa sebelum berpisah dalam jangka waktu yang lama.

Sedangkan hakikatnya dia sudah berubah dari apa yang ada diingatan kita.

kak Erna said...

salam ibu guru..lama terpisah membuatkan kita terlupa..akak juga pernah ditegur dek kawan..masa jumpa dirumah kenduri..malu betul..dia masih kenal akak..akak sampai sudah tak kenal..di bagi tau baru akak tau dia siapa..

iBu...gUru said...

salam pak long
selalunya rasa macam nak kenal tapi masing2 takut nak tegoq

iBu...gUru said...

salam kak ani
slalu teringat kisah2 lama dgan kawan2 dulu...........kalaulah jam berputar mengikut lawan jam alangkah indahnya......... tapi itu mustahil kan kak ani..

iBu...gUru said...

salam ida
inilah saat paling boring......... menunggu dan menunggu....... lpas tunggu tu kadho la

iBu...gUru said...

salam kak erna
memang malu kalau jadi cam tu........org kenal kita tapi kita x kenal.