Monday, 12 April 2010

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK

ROKOK

Yang suka berkata harus
Yang benci berkata haram
Yang terpaksa berkata makruh

Yang miskin meminta
Yang sederhana berpada
Yang kaya tak kira masa

Yang bermula sebatang sudah terbatuk
Yang lama sebatang tiada makna
Yang tegar tak makan pun tak apa

Yang berkarya itu sumber inspirasi
Yang berduka itu penenang jiwa
Yang berniaga itu sumber utama

Yang hairan budak pun nak mencuba
Yang pelik tak ada duit sanggup berhutang
Yang ajaib orang tak nak dihulur sebatang

Yang kecil tak tau apa-apa
Yang dewasa fikirlah hari muka
Yang tua tunjukkanlah teladan berguna

Yang ditakuti cukai naik lagi
Yang diimpi manusia berkata sia-sia
Yang diharap manusia kembali kepada agama


Pemandangan biasa di waktu pagi


Pemandangan yang biasa dilihat sepanjang pergi dan balik sekolah. Sambil berbasikal, bermotor atau berjalan kaki rokok ditangan sambil menyedut asap beracun. Tiada segan, tiada silu pada guru pada yang tua. Begitu keadaan anak bangsa kita sekarang. Tak boleh ditegur tak boleh dilarang. Bilakah permasalahan ini dapat diatasi? Kempen hanya tinggal kempen.



IBU GURU MASIH DI SINI...........................TAK PERNAH JEMU MENERANGKAN BAHAYA MEROKOK.....................

16 comments:

TUKANG KATA said...

Yang saya risaukan kalau nanti bersuami kan PEROKOK!

NAUZUBILLAH..

:(

adik jack said...

perokok oh perokok...sebelum sakit x nak berhenti merokok,,,tp bile sakit dah dtg,baru nak berhenti merokok,,x guna dah mase tu...

maiyah said...

rokok ni mmg ssh nk berenti.. kalo dah start jwpnya berkarat le peparu hehe

kak Erna said...

akak sokong ibu guru..teruskan kempen katakan tidak pada rokok.akak pun tak suka..bau pun tak tahan..belum lagi bahayanya..

ahmad humairi said...

perokok...

memang pro rokok.

jangan merokok...haram kerana memudaratkan diri dan orang laen..

iBu...gUru said...

salam tukang kata,
kuasa memilih ditangan kita........ pilih jangan tak pilih

iBu...gUru said...

salam ustaz,
cam tu lah lumrah manusia...btoi kata ustaz

iBu...gUru said...

salam kak erna,
bau memang x tahan ......kalau ada kelas first period, stay kat depan je lah jgn dok pusing2 dlm klas....... bau

iBu...gUru said...

salam maiyah
oleh itu jangan start merokok....... bagi tau fizi

iBu...gUru said...

salam cik gu humairi,
" merokok adalah haram dari pandangan islam kerana padanya terdapat kemudaratan".... muzakarah fatwa kebangsaan kali ke 37 : 1995

pak long said...

salam...
penanam tembakau diganti tanaman lain dan tutup kilang rokok...

Kunang-Kunang said...

Salam Ibu

Semuanya bergantung kepada kemahuan sendiri, tidak boleh dikempen, dikempen oleh orang.

Semoga terletak kepada kesedaran dan kekuatan diri untuk berhenti merokok barulah boleh berhenti.

fzi said...

Salam ibu guru...
Syukurlah hasben tak merokok... sekurang2nya selamat dari asap rokok selagi tak keluar rumah. Tapi bila dah keluar rumah, sana sini kena tempias asap rokok...huhu

iBu...gUru said...

salam pak long,
btoi pak long......... tanam ja pokok lain yg lebih berpekdah........ nak tanya ....pak long hisap rokok dak ?

iBu...gUru said...

salam kak ani,
kat sek. mmg slalu buat kempen tak nak merokok.... harapan kami mudah-mudahan ada juga anak2 didik yang mahu berubah.........

iBu...gUru said...

salam fzi,
sejak krajaan adakan zon larangan merokok rasanya dah lama tak terhidu bau asap rokok. en. suami pun x merokok. lega rasa.........