Monday, 3 May 2010

BONDA KU SI IKAN KALOI


NAMA SAINTIFIK IKAN AIR TAWAR


IKAN KALOI
osphroremus garomi


IKAN HARUAN
channa striatus ( bloch)



IKAN KELAH
tor tambroides


IKAN KELI
clarias batrachus


IKAN LAMPAM
puntius schwanen feldii


IKAN JELAWAT
ceotobarbus hoeveni


IKAN PUYU
anabas testudineus


IKAN BAUNG
mystus nemurus


IKAN KELISA

scleropages formosus

IKAN SEPAT
trichogaster pectorasis

Nama saintifik ikan air tawar tajuk P&P hari ini. Walaupun istilah-istilah itu agak sukar disebut tetapi pelajar-pelajar berusaha untuk menyebut dengan betul. Maka terdengarlah sebutan-sebutan yang melucukan. Diakhir P&P objektif untuk tajuk ini tercapai, semua (12 orang) dapat menyebut, mengeja dan melabelkan ikan-ikan air tawar ini dengan betul.

Ada 5 minit lagi sebelum waktu rehat.

pelajar : cik gu nak tanya soalan boleh ?

cikgu kh: ya

pelajar : cikgu ..............ikan kaloi tu yang dalam cerita
bawang putih bawang merah tu ke ?

cikgu kh: dalam bawang putih bawang merah ada disebut
ikan kaloi kan................. ya le tu .

pelajar: kita boleh makan tak ikan kaloi tu ?

cikgu kh: pendapat kamu ?

pelajar: tak boleh cikgu ?

cikgu kh: kenapa tak boleh..........ikan kaloi ni sedap tau.

pelajar: saya tak makan la cikgu, tak sanggup!!!!!!!

cikgu kh: kenapa ?

pelajar: saya teringatkan mak Bawang Merah cikgu....... kesian dia


Cikgu kh tersenyum lalu ketawa, pelajar lain ketawa . Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Dah pukul 10 patut la dah tersa lapar . Sambil berjalan keluar kedengaran..............wahai bondaku si ikan kaloi............timbul lah bonda ooi ..............timbul lah tunjukkan diri.........nasi malukut dengan sayur keladi.............. nasi malukut sayur keladi untuk bonda ku di pagi hari..........wahai bonda ibu kandungku................... Di kantin............. terpandang masak lemak cili api pucuk paku............. kalaulah ada masak lemak cili api keladi ............. alangkah sedapnya......... nyam3x..........................


IBU GURU MASI DI SINI............................... SUKA MASAK TEMPOYAK IKAN SUNGAI

12 comments:

kak Erna said...

ibu guru..ada juga kat sekolah ajar pasal ikan sekarang ni ye..
tak tau la ibu guru makan ke tidak..tapi ikan puyu tu...dbuat masak lemak cili api..asamnya guna air limau kasturi..sedap betul bu guru..lemak..manis..walau pun pedas..

Shieda said...

saya pun sama ngan anak murid ibu guru....takut dan kesian nak makan ikan kaloi tu..hehehe.
Tapi saya memang tak berapa makan ikan air tawar..ntah la kenapa.

pak long said...

salam buat ibu..
ikan sepat rongeng depa panggi apa pulak...?

iBu...gUru said...

salam kak erna,
ada juga sikit2 dalam m/p khb(pertanian). ikan puyu makan tapi x berapa......... tulang byk. kat utara ni biasa buat kari jer. nanti nak cuba msk lmak cili api plak

iBu...gUru said...

salam shieda
abis tu shieda tak makan la masak tempoyak ikan patin temerloh tu.... rugi2

iBu...gUru said...

salam pak long
sepat ronggeng ?.............. x dan blajaq cik gu dah mati. lama x tgok sepat ronggeng........

Aida Ali said...

Salam bu,
ian kekek mak iloi2,
ikan gelama mak ilai2,
dapat suami hensemnya amboi,
tapi suara...mengilai2 :P

iBu...gUru said...

salam cikgu aida,
mengilai-ngilai.............. nanti yg lain plak......... terutama waktu mlm

nza said...

gitulh gelagat pelajar kita yg trkdg mencuit hati....

secangkir madu merah said...

ikan air tawar kalau masak gulai lemak atau buat sambal goring sedap ni....

iBu...gUru said...

salam cikgu nz
btul tu............. ada sja gelagat mereka yg mencuit hati tiap hari.....

iBu...gUru said...

salam smm
mmg sedap ........ masak lemak cili api@ msak tempoyak @ dibakar pun sdap