Thursday 20 May 2010

MENU SPECIAL DI PETANG KHAMIS

Petang semalam semasa melawat blog rakan2 teringat nak ke blog Mat Gebu. Entah kenapa teringin sangat nak mencuba resipi Mat hari ini nampak sedap jer....... Teringin macam orang mengandung. Mesti cuba, lagi pun dah lama tak makan makanan ni. Kebetulan selepas en. suami balik dari kerja di ajak nya kita ke pasar malam. Yah......... inilah masa nak cari bahan2 yang Mat nyatakan dalam resipinya. Bahan tu mesti ada di pasar malam............ Jeng.....jeng.....jeng..........


INILAH DIA BAHAN YANG DIMAKSUDKAN
(sila abaikan nenas tu............kegemaran cik suami)

UBI KAYU



RESIPINYA

UBU KAYU REBUS CECAH SAMBAL BILIS


Ubi kayu dikupas dan dicuci kemudian direbus bersama sedikit garam


INILAH HASIL NYA



Tengok setelah masak gebu..............macam Mat juga

PASANGAN NYA



Biasa jer............Sambal Tumis Ikan Bilis

Petang ni menu hidangan petang ibu bersama en. suami petang ini ialah UBI KAYU REBUS CECAH SAMBAL IKAN BILIS. Sedap ................ makan petang bersama kopi O. Orang lalu kat luar pun tak nampak.


Ni masuk sesi tayang menayang bowl di atas tu hadiah
Hari Guru beberapa hari lepas





Pekena dengan kopi O

KALAU TERINGIN MARI LAH CUBA

IBU GURU MASIH DI SINI.......................WEEKEND NI NAK CUBA LAKSA JOHOR PULAK SIBUJANG IBU BALIK BERCUTI. SALAM JUMAAT DARI IBU.

25 comments:

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu,

Sedapnya sambal tumis ikan bilis. Tengok sambal mengancam macam ni..teringat nasi lemak pula.
w/salam

atuk said...

Assalamualaikum ibu guru

Salam ziarah

tenguk n3 ni
teringat masa kecil2 dahulu di kampung
ubi kayu rebus
makan kegemaran

Wassalam

iBu...gUru said...

w/salam cik gu nadz
nanti weekend nanti lah buat breakfast utk family...........

iBu...gUru said...

salam atuk Rozali

en. suami pun kata camtu.........sekarang ni kalau makan kat kedai 3 ketul dah RM5...... dulu ambik2 tepi rmah jer....ari ni anak bujang ibu balik kena tunjukkan makanan kita dulu2

Nur Hawa Mohd Zin said...

sedapnye....mmg kena padanan tu..makan plak kalu time hujan..pergh!!!

iBu...gUru said...

sedaplagi menu ptg awe.......macam masa tu gak nak buat......

Nur Hawa Mohd Zin said...

tapi ni ubi kayu rebus cecah sambal mmg mengancam...i like...

AYU said...

em...sedapnye..makan diwaktu hujan2 lagi menyelerakan...apa tah lagi ngan kopi o panas...fuhhh..menyengat.

Acik Erna said...

ibu guru..memang teringin..esok sabtu..ada pasar tani..harus pi mencari ubi kay ni..

iBu...gUru said...

salam ayu
nostalgia masa dulu2........... mak rebus makan ramai2 bawah pokok rambutan cecah ngan kelapa..........sedap nyer

iBu...gUru said...

salam kak erna
dah habis kursus ya.........weekend leh la cuba, mkan sama anak2 ... lagi menyelerakan

Lin said...

Bestnya tapi.....

iBu...gUru said...

salam cik gu lin
sila abaikan en3 ini......sila truskan program anda hingga berjaya

secangkir madu merah said...

salam...ibuguru,
memang kena sangatlah ubi rebus ngan sambal tumis tuh..mengancam betol...makan waktu tengah hujan..fuh...mak mertua lalu belakang tak nampak...hehehe..sapa suruh lalu belakangkan?

pak long said...

salam buat ibu...
tak try cucah dengan inti nyok gaul gula..lagi sedap...

iBu...gUru said...

salam smm
mmg sdap ........... mertua lalu kat luar pun tak nampak

iBu...gUru said...

salam pak long
dah try pak long .....kena nyoq kukuq terangkat la... tapi x leh lawan cecah gelama masam.........

Aida Ali said...

Sedapnya.. Nak sket boleh?

iBu...gUru said...

salam cikgu aida
nak sikit......... boleh2x..... ambil resepi jer le

penjejak maya said...

salam,

baru habis nengok jalan-jalan cari makan ada segmen makan ubi rebus juga nampak sedap..

iBu...gUru said...

salam
apa kata ptg ni JJCM ubi rebus

Solehah said...

sedapnya cikgu..baru first time tengok mkn ubi cicah sambal ya..

iBu...gUru said...

salam solehah
cecah ngan apa2 pun sdap.........ngan nyoq gaul sikit garam lagi mengancam.....

Anonymous said...

Aslmkm Cikgu.
Lama tak ziarah. :)
Ubi kayu rebus macam zaman Jepun kata Mak Kak G ... sesekali mmg sedap kan? Bingka ubi tak suker?

iBu...gUru said...

salam kak G
bingka ubi mmg suka .......tapi x pernah buat sendiri, mesti buat bersama2 mak..... takut x sdap macam mak buat. mak mesti chef......