Wednesday 9 June 2010

AKAD NIKAH DALAM MASJID

(gambar hiasan saja tidak ada kaitan dengan majlis kat masjid petang tadi)


NASIHAT DAN PANDUAN

Sesuatu acara yang dilakukan di dalam kawasan masjid perlu memenuhi panduan yang dibenarkan syariat. Termasuk juga untuk mengadakan majlis akad nikah. Beberapa panduan mesti di patuhi:
  • Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya wanita
  • Niat iktikaf di dalam masjid
  • Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid
  • Mulakan dengan solat tahiyatul masjid dan solat-solat yang berkaitan
  • Tidak bercampur gaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan
  • Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali bolehlah menjemput guru nikah datang kerumah terlebih dahulu untuk proses wali memenita izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah
  • Pengantin perempuan yang haid boleh hadir ke masjid pada hari akad nikah, tetapi dinasihatkan agar tidak masuk ke dewan solat masjid
  • Barang-barang hantaran boleh diserahkan selepas akad nikah dirumah pengantin perempuan
  • Jika boleh hanya mas kawin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kawin suami kepada isteri boleh dilakukan dirumah pengantin perempuan
  • Jangan bergambar atau berposing secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid

IBU GURU MASIH DI SINI.......................... SEMASA SINGGAH SOLAT ZOHOR DI MASJID PETANG TADI TERLIHAT INSIDEN AJK MASJID MENEGUR BEBERAPA ORANG ROMBONGAN PENGANTIN YANG TIDAK MENUTUP AURAT SUPAYA KELUAR DARI MASJID.......................

7 comments:

mustaqim danish said...

salam ibu...

lamanya sy x singgah blog ibu...ibu sihat?

kadang2 ibu,sy sedih juga...time nak nikah la,,baru nampak masjid...same je la kat masjid sy ibu...tu pon ade yg x tutup aurat (perempuan)...

Unknown said...

emm nape tengok org amik gambar selamba je dalam masjid time nikah2 tu?

mama ju said...

Salam ibu guru

Yalah kdg2 org langgar je...
Ibu Guru kawan cikgu Lin ya? Wah dia dah terbang ke Turki!

iBu...gUru said...

salam ustaz
ibu sihat2 jer...... betul tu ustaz, niat mmg elok dah ....... tapi pelaksaan tak betul. ibu sokong sangat ajk masjid yg ibu tgk tadi

iBu...gUru said...

salam aZHIeeDA
ambil yg patut2 dah le....... kat rmah nanti posing sungguh2.....

iBu...gUru said...

salam mama ju
rezeki cik gu lin la tu.... katanya hadiah ulangtahun perkahwinan yg ke 22........ moga mereka bahagia hingga keakhir hayat.....

pak long said...

salam..
moga ia akan jadi panduan buat diri hamba.....