Tuesday, 1 June 2010

MARI BERPANTUN......................


PANTUN NASIB

Jemur padi di tanah padang,
Anak ayam disambar helang,
Apa malang nasibnya badan
Burung di tangan disambar orang.

Seri Mersing lagu Melayu
Mari di karang zaman dahulu,
Duduk termenung menongkat dagu,
Mengenang nasib dagang piatu.

Pukul gendang kulit biawak,
Sedikit tidak berdentum lagi,
Dimana badan hendak dibawak,
Sedikit tidak beruntung lagi.

Dari Jawa ke Bangkahulu,
Membeli keris di Inderagiri,
Kawan ketawa ramai selalu,
Kawan menangis seorang diri.

Pantai Lukut luas terbentang,
Teluknya penuh berbatu karang,
Ibarat melukut ditepi gantang,
Masuk tak penuh keluar tak kurang.

(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3)



Bait-bait Pantun Nasib diatas adalah sebahagian soalan
Peperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3.
Peperiksaan Kertas Bahasa Melayu diada semalam
31 Mei 2010.
Mari kita layani gambar-gambar dibawah
bagaimana nasib pelajar-pelajar ini jika ini berlaku tiap kali peperiksaan.


Bagaimana pula nasib mereka!!!!!!!!!


Hari ini Paper English
lihatlah 20 minit peperiksaan berjalan
Dah siap menanda 40 soalan objektif
beginilah suasana kelas


Bagaimana pula nasib mereka!!!!!!!!!!


Pelajar-pelajar dari kelas yang lemah bila disuruh diam
tak dibenarkan bercakap terus mengantuk dan tumbang.
Bahasa Melayu pun tergagap inikan pula Bahasa Inggeris
Bila disuruh semak, katanya dah.
Ada juga baiknya, kalau tak tidur nanti bising
mengganggu kelas-kelas yang lain.


Bagaimana pula nasib mereka!!!!!!!!!!!

Bila mengawasi kelas-kelas macam ni,
yang mengawas pun terpaksa menahan mata supaya tidak tertutup.
Kalau tidak jadi macam cerita P. Ramlee.....
"hari-hari cikgu main bola.........."



IBU GURU MASIH DI SINI....................... BILA BERPANTUN NI TERINGAT PADA SEORANG RAKAN MAYA YANG TERKESAN DENGAN KOMEN IBU GURU DALAM BENTUK PANTUN DALAM ENTRI NYA. DIKESEMPATAN INI IBU MEMOHON MAAF DI ATAS KOMEN ITU ............DAN ITU ADALAH KOMEN PERIBADI YANG IBU RASAKAN BETUL MENGIKUT PANDANGAN IBU......................


16 comments:

nadz said...

Assallamualikum ibu,
Mama Nadz gelak sungguh tengok telatah pelajar-pelajar ni..macam sama ja kat sini pun..kalau kelas yang hujung2 mau jawab sekejab ja..tak jawabnya panjang.
Selamat bercuti ibu..

Insan Marhaen said...

kajang pak malau kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,
dagang kita dagang bertempat,
dagang cucu dan cicit belum tentu...

Cikgu Lin said...

Buat cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami murid baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

pak long said...

daun layu tepi jembala,
ambil seligi dirumah saleh,
bahasa melayu pun pening kepala,
apatah lagi bahasa mat saleh.


pakai bedak cap belatuk,
kuih bingka buatan cik lena,
jangan kan budak jadi mengantuk,
hamba yang bangka terus terlena,

Pn Kartini said...

Salam..:):)

Aduhaii..mana2 sama je yaa pelajar bila menjawab soalannya yaa..
ramainya yang Zzzzzz...aduhaii:):)

Pe2...selamat bercuti nanti..:):)

zue said...

salam ibu guru,
mcm gitu ya telatah pelajar2 di kelas hujung2.

anak zue pun ting 3..hari ni dia ada paper pendidikan islam. harap dia boleh jwb dan jgn trtido lak.

secangkir madu merah said...

apa diharap padi seberang
entahkan masak entahkan tidak
entah dibawa punai melayang
apa diharap kasihnya orang
entahkan suka entahkan tidak
entahkan kita saja yang sayang...

hehehhe....lentuk lak semuanya ya..

iBu...gUru said...

salam nadz
ingat ka sek ibu je cam tu....... sama2 selamat bercuti... minggu pertama ada extra class & exam PTK

iBu...gUru said...

salam IM
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba pandan berurat,
Berikan ilmu dunia akhirat,
Insyallah mereka tidak merempat.

iBu...gUru said...

Hai Linda......
Kami budak baru belajaq,
Kalau salah tolong tunjukkan,
Dua minggu cuti mengajaq,
Amboi hang berjalan sakan.

entah2x dok mimpi kat turkey dah pa...

iBu...gUru said...

salam pak long

Jangan kan budak jadi mengantuk,
Hamba yang bangka terus terlena,
Bila budak terbatuk-batuk,
Cikgu terjaga serba tak kena.

iBu...gUru said...

salam cikgu tini,
tu la..........risau tengok. bukan lena sikit2 sampai meleleh air liur...... hepy holiday......

iBu...gUru said...

salam zue,
insyallah.ta lena kot.... pendidikan islam ada juga yg mereka boleh jawab tak la hantar kertas kosong..... kalau kelas yg ok sampai x cukup masa ... cikgu tgk pun suka, ada hasilnya..

iBu...gUru said...

salam cmm

Bulan purnama pungguk merindu,
Bulan yang tinggi di balik awan,
Orang yang jauh jangan dirindu,
Orang yang dekat dendamkan teman.

kak Erna said...

ibu guru..betul ke..terjadi ke..macam gambar tu..sedih pulak rasanya..memikirkan masa depan nanti..

iBu...gUru said...

salam kak erna
kalau tgk komen2 diatas, boleh dikatakan dimana saja terjadi mcm tu bagi kelas yg lemah.......... yg hantar jawapan tulis nama saja pun ada........