Sunday, 13 June 2010

MARI SARAPAN .......... PEKNGA KELAPA

Bagi yang tidak tahu peknga tu bermaksud lempeng yang ditepek kat belanga. Aroma peknga kelapa kelapa yang dibakar amat menyelerakan. Tu belum lagi menikmatinya. Bahan asas yang digunakan cukup ringkas kelapa, tepung gandum, gula dan garam secukup rasa.

MARI KITA CUBA..........

Ibu guru lebih suka menggunakan kelapa yang fresh yang baru diparut. Untuk mendapatkan kelapa yang fresh ibu akan memarut kelapa tersebut menggunakan alat kukur kelapa diatas. Kukur kelapa tu rasanya dah berusia 10 tahun. Ibu beli kat Kuala Kangsar. En.suami melarang ibu membeli katanya akan jadi khazanah dalam stor. Katanya lebih baik beli mesin parut kelapa. Daripada mengguna mesin lebih baiklah kukur kelapa yg kata atas tu. Ibu jadi fobia dengan mesin kelapa . Takut.... kerana ramai yang tersilap teknik tangan luka. Tak sanggup tengok darah yang banyak tu.... Baik la guna cara tradisional. " Alat kukur kelapa "



Kelapa yang diparut digaul bersama gula dan garam. Kemudian masukan tepung gandum........... gaul akhir sekali masukkan air, gaul hingga sebati. Bakar di atas api sederhana dengan menggunakan non-stick pan tanpa minyak.


Inilah hasilnya peknga kelapa untuk ibu dan En.suami bersarapan pagi. Dapat la kata orang untuk lapik perut hingga tengahari sebelum memenuhi undangan perkahwinan hari ini.


Inilah faktor utama yang membuatkan ibu teringat nak buat peknga
untuk sarapan pagi hari ini.
Tak tahu pula ibu daging ni dimasak apa............
nak kata kari bukan, rendang pun bukan, kurma pun bukan.
Menu kenduri semalam kawan En. suami yang sedekahkan.
Katanya dah datang kenduri tak makan.
Tak terima, nanti dikata tak sudi pula.
Balik masukkan dalam freezer, hari ini panaskan.
Kemudian dipadankan dengan peknga kelapa.
Kata orang sedap hingga menjilat jari,
makan waktu panas-panas
/
/
/
/
/
/
/
/
/
UNDANGAN HARI INI

JIRAN SE TAMAN


Meor Mohd. Arafat Mohamad Shahini
&
Siti Raffidah Tekat

(SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA BAHAGIA)

Menu yang disediakan memang sedap....... ada

menu ala-ala kampung dan menu kenduri
serta cendol juga laksa


Semasa berbaris nak ambil cendol & laksa sempat snap gambar pengantin



Kuih-kuih tradisional yang diterima


IBU GURU MASIH DI SINI......................... ESOK NAK REHAT BETUL-BETUL TINGGAL SEMINGGU LAGI CUTI.......... MINGGU PERTAMA MACAM TAK CUTI JER......EXTRA CLASS, PTK & UNDANGAN PERKAHWINAN

14 comments:

a kl citizen said...

namanya peknga ya... saya panggil lempeng je

kak Erna said...

salam ibu guru..nampak gambar lempeng pun sedap ni..nanti lah..semalam baru beli kelapa..memang haruslah membuat lempeng kelapa ni..kukor kelapa pun bolih guna lagi...

Rozali said...

Assalamualaikum Ibu Guru

semasa kecil di kampung
saya memang ditugas oleh emak untuk kukor kelapa, saya kukor cantik dan halus katanya (bodek seorang emak)
he he

Wassalam

ibuintan said...

salam bu guru,
memang best dan wangi, tempat saya panggillempeng kelapa

iBu...gUru said...

salam cikgu norma
panggilan org utara..............sama jer

iBu...gUru said...

salam kak erna
ni menu kalau ramai2 kat rmah mak........anak2 suka .......... meka panggil capati ibu......

iBu...gUru said...

salam atuk rozali
dlm family saya, saya sorg jer perempuan selalunya saya yang kena...yg lelaki smua tak nak kalau mak suruh............... halus ke kasar mak tak penah complain ....kalau complain alamat x ada org nak tolong

iBu...gUru said...

salam ibuhani
ada yang dicampur dgan pisang di panggil lempeng pisang

Cikgu Jang .. said...

salam....

Kome dulu2 mase kecik, selalu jugak mak buatkan lempeng gitu...nih jarang sgt dah merase maakannyer...

pak long said...

salam...
amboi seninya nama tu....lama tak makan tempek ni...
kata urang banjar lempeng...hehehe

iBu...gUru said...

salam cik gu jang
masa kecik2 dulu kalau mak buat lempeng mesti muncung jer........

iBu...gUru said...

salam pak long
la ni ni baru tau keenakan tempek ni....

@juera said...

salam ibu...guru..^__^..oo tu peknga ye nama nya?kite pgil lempeng je..sdp kn mkn pns2..bila sejuk keras x sdp..zmn skrg rmai dh x pkai kukur nyior tu..sng bli je santan dlm kotak..hihi

iBu...gUru said...

salam @juera
kalau santan mmg beli jer........ tapi kalau utk dimakan dgn kueh seperti apam, putu mayam, sago slalunyer ibu kukur sendiri.........
nka yg fresh