Monday, 28 June 2010

POKOK SEMALU............................ MALU


Semasa menunggu waktu balik di sekolah tadi, sempat juga belek-belek majalah Solusi. Terpandang artikel mengenai pokok semalu. Tak berapa tahu khasiat pokok ini, tapi pokok inilah yang selalu digunakan bapa mertua bagi penawar penyakit kulit seperti campak ataupun kayap dalam pengubatannya. Kisah Rasulullah bersama puteri kesayangannya Sayidatina Fatimah mengenai pokok semalu. Ketika melintasi sepohon pokok semalu, kaki Saydatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya sakit dan berdarah lalu Fatimah bertanya kepada Rasulullah s.a.w , apa gunanya pokok seumpama ini tumbuh disitu ? Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat EMPAT aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut:

Sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai malu yang bertempat.

Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahan dirinya. Simboliknya wanita perlu tahu mempertahan diri dan maruahnya.

Akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keiamanan yang berakar umbi dalam jiwanya.

Semalu menguncup dengan sendirinya menjelang senja. Seolah-olah ciptaan Allah s.w.t ini mengingatkan kepada kaum wanita pulang dan duduklah dirumah ketika hari hampir gelap

Terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki. Oleh itu Allah s.w.t kurniakan sifat malu kepada kaum wanita. Namun kita dapati, ramai remaja wanita sudah semakin hilang rasa malunya. Sebagai ibu bapa kita sepatutnya menjadi murabbi dan mualim kepada anak-anak kita supaya mempunyai sifat malu dari kecil lagi. Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah s.w.t apabila hendak membinasakan sesorang, maka dicabutnya rasa malu orang itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini.


IBU GURU MASIH DI SINI........................BANYAK MEMOHON KEPADA NYA TETAPI DALAM MASA YANG SAMA BANYAK PERINTAHNYA SELALU DIABAIKAN.............. ALANGKAH MALUNYA

14 comments:

Insan Marhaen said...

nama sains bagi semalu ialah mimosa pudica.

selalu guna falsafah semalu ini dalam penulisan IM sahulu.

Ezad said...

BIjak rasulullah, sehingga umpamakan semalu dengan wanita.. tu lah msalah nye sifat malu yang berkurangan.. demi mengecapi kehebatan duniawi...

ahmad humairi said...

malu....tapi mauu

jangan mau tanpa malu.

pak long said...

salam buat ibu...
banyak pokok semalu depan umah...

zue said...

masa zaman kanak2 mmg suka main dgn pokok semalu ni...durinya mmg tajam. anak2 zaman skrg mungkin x tahu pokok ni almaklumlah tinggal di kaw perumahan.

tq..tentang info pokok semalu.

kak Erna said...

ibu guru..terima kasih..dengan n3 ni..akak rasa syukor..dah berumor macam ni pun masih lagi ada rasa malu..dulu2 lagi terok..terkenal dikalangan kawan2 pemalu ya amat..

iBu...gUru said...

salam IM
btoi2........... Mimosa pudica positif terhadap ransangan apa ?
soalan UPSR

iBu...gUru said...

Salam ezad
rasulullah idola kita........

iBu...gUru said...

salam cikgu humairi
malu tapi mahu
mahu tapi malu............kadang2 konpius

iBu...gUru said...

salam pak long
amboi renovate rumah baru yer.....

iBu...gUru said...

salam zue
tak pe zue......... kat padang sekolah selalu ada...... tanya cikgu

iBu...gUru said...

salam kak erna
alhamdulilah...... tidak ditarik sifat malu dari kita...... org negori pun cakap ya amat.......... ingat ke org utara jer

Kak Long Qaseh said...

salam ibu Guru
semalu ni memang mudah didapati di mana-mana kan ..
alangkah indahnya andai anak2 gadis dan wanita menghayati konsep semalu ini.
p/s:pertama kali masuk ke sini melalui salah satu blog saya.

iBu...gUru said...

salam kak long qaseh
tq kak long kerana sudi singgah ke blog ibu............. kalau sudi singgah2 lah selalu