Monday, 14 March 2011

NAMA SAMA ...... NGAJAR PUN SUBJEK SAMA

Petang tadi lebih kurang pukul 4.40 petang dapat satu call dari nombor yang tak dikenali.
Dah handphone di tangan terus jer jawab.
Si pemanggil tu memperkenalkan diri seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Dalam hati ............ dah .... kenapa pulak ni ?

" Ya apa encik ....... boleh saya bantu. " jawap saya dengan bersopan santun.
" Saya nak tanya tentang pentaksiran kerja kursus KHB seorang calon sekolah puan ."

Dalam hati .............. huh ! legaaaaaa

" Ya.. ya ada masalah apa encik."
" Puan adalah pentaksir kepada calon yang bernama ............. kan " balas en.JPN

Dalam hati ................ tak pernah dengar pun nama calon ini.

" Seingat saya tidak ada calon saya bernama............... sekolah lain kot.... apa nama sekolah tu "
" SMK dot. dot. dot. dot. dot. Perak "
" Ya ... itu memang sekolah saya, tapi pentaksirnya bukan saya."
" Puan pentaksir KHB pilihan 3 kan." tanya en. JPN

Dalam hati............... sah bukan aku ni, mana dia dapat no hp aku ni.

" Macamana encik boleh dapat nombor saya " tanya saya.
" Puan kan pentaksir kawasan , nombor puan memang ada pada Lembaga"

Dalam hati............. oooooooooo lembaga mesti ada link dengan JPN.

" Saya pentaksir KHB pilihan 4 Perdagangan dan Keusahawanan. Bukan saya encik itu Pn. Sa yang sorang lagi kebetulan nama kami sama "
" Boleh saya dapat no telefonnya ." balas en. JPN

Dalam hati............ baik aku jawap tak tahu.

" Saya tak tahu la encik. Encik boleh dapatkannya dari pihak sekolah. "

Dah selalu jadi macam ni ..............
Akibat daripada nama dan binti yang sama.
Dua-dua mengajar subjek yang sama.............
Dua-dua memakai kaca mata...........
Yang membezakan mungkin penampilan.............
Kalau ada pelawat yang datang nak berjumpa Pn. Sa............
Orang kat pejabat akan tanya Pn. Sa jubah ke Pn. Sa moden.
Dan kesilapan yang paling besar pernah terjadi adalah ....bahagian pinjaman perumahan telah memotong dua bulan pinjaman perumahan saya dari gaji sahabat saya yang bernama sama.



IBU GURU MASIH DI SINI................... RISAU KALAU DAPAT PANGGILAN DARI JPN ....
" PUAN DIKEHENDAKI MELAPOR DIRI DI SMK. DOT. DOT. DOT PADA TARIKH DOT. DOT " PETANG TADI CEMAS JUGA SEKETIKA DAPAT PANGGILAN DARI JPN. DENGAR KHABAR MANA-MANA GURU YANG TELAH LAMA BERKHIDMAT DI SATU2 SEKOLAH AKAN DITUKARKAN KE SEKOLAH BARU................... IBU GURU AKAN MENYAMBUT JUBLI PERAK TAHUN DEPAN....... BERKHIDMAT DI SEKOLAH YANG SAMA.

14 comments:

kak Erna said...

asalam ibu guru..apa khabar..lama tak dengar berita.
masalah jugak kan..sama nama..sama sekolah..
ibuguru jangan risau..insyaallah tak kemana tu..kalau pun tukar..mesti tak jauh..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum IbuGuru:):)

ermm...agak2nya IbuGuru yang Kak Sa moden tu yaa:):)
Bahaya juga yaa..bila kebetulan bernama ..berbinti sama satu sekolah...

pak long said...

salam buat ibu...
penin jugak no kalau jadi macam tu....

iBu...gUru said...

kak erna........... baik2 jer. kalau ke tempat baru tu jadi org baru la. tu yang tak brape gemo

iBu...gUru said...

hai tini.......... gelaran tu .... tak brape suke. tak la moden sangat. nak moden apenyer.............. tak kurung kebaya..... sekali skala ari jmaat kena juga jubah

iBu...gUru said...

salam pak long........ kadang2 bebudak pun fenin

Insan Marhaen said...

doa banyak-banyak...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum ibu..

kalau sampai gaji kena potong akibat pinjaman perumahan nampak sgt pegawai yg proses tue careless..sudah tentulah nama ic dan nombor akaun yg sgt berbeza kan..selain itu, nombor gaji juga berbeza....

MulutPayau said...

Assalamualaikum ibu guru...

masalah jugak tu bila nama sama....mesti budak2 tertukar dan keliru...

iBu...gUru said...

salam IM ......... mmg tak pernah lupa tu

iBu...gUru said...

salam sahrom .......... tapi itu lah yang terjadi.

iBu...gUru said...

salam mp.......... itu yang selalu membuat saya tersenyum... bila2 budak keliru

missgee said...

Buk,
Sama tapi tak serupa.. :)

missgee said...
This comment has been removed by the author.