Saturday, 6 March 2010

BERLETER ......................MADU TIGA


Entri kali ini adalah cadangan dari en. suami diambil dari buletin bulanan yang dikeluarkan oleh bahagian agama dan kaunseling opisnya. Kerana tidak mahu menghampakan permintaannya ibu guru pun masukkan dalam entri kali ini.


Luahan Hati Suami

" Isteriku........ Janganlah leteri Aku "

Leteran merupakan satu tabiat atau kebiasaan hidup yang buruk.
Tabiat suka berleter sebenarnya banyak berpunca dari perasaan tidak senang
atau tidak puas hati seseorang terhadap sesuatu perkara atau seseorang yang lain.
Ia merupakan cara luahan atas sebab ketegangan jiwa yang dihadapi
dengan mengungkit-ungkit dan membongkar
kelemahan, keburukan atau kesalahan.
Ia berpunca daripada perkara yang terjadi pada hari itu dan dikaitkan
dengan peristiwa yang telah lama berlaku dan terpendam
dan hanya menunggu sebab untuk di lepaskan.


Isteri perlu mengikis dan menyingkirkan sikap buruk ini kerana leteran tidak akan membawa kesan yang baik, malah akan mendatangkan kesan negatif. Diantaranya ialah:
( 1 )
Menjatuhkan maruah wanita

( 2 )
akan menyebabkan mesej tidak akan sampai ke sasaran atau suami menganggap mesej itu tidak penting untuk dibincangkan

( 3 )
akan menyebabkan wanita itu menjadi pelatah

( 4 )
akan menggoncangkan keharmonian rumahtangga

( 5 )
akan menyebabkan suami bosan dan mencari jalan keluar seperti meninggalkan rumah atau mencari orang ketiga untuk meluahkan perasaan

( 6 )
Akan menyebabkan isteri memendam rasa kerana suami akan menjauhkan diri daripada berdepan dengan isteri


PANDUAN MENGHENTIKAN
TABIAT BERLETER


Sentiasa berbincang dan berterus terang untuk menyelesaikan masalah

Mengetahui kekuatan dan kelemahan suami

Menerima pandangan suami

Memberi peluang kepada suami untuk berterus te
rang

Belajar dan berusaha bersikap positif dan sabar

Sentiasa muhasabah dan menilai diri sendiri sebelum menilai diri suami

Sentiasa menjalinkan kemesraan dan komunikasi dengan suami



IBU GURU MASIH DI SINI........................... MALAS NAK BERLETER SEBAB TAK ADA RESPON

14 comments:

Cikgu Lin said...

Akulah orang yang tidak suka berleter....hinggakan sang suami selalu menyuruh aku berleter kepada anak-anak.

syaira said...

mak berleter, abah wat cool jea. haha

maiyah said...

lelaki mmg x suka ngan pompuan kuat leter ni, lebih baik kalo bwk berbincang elok2 je kan aman

pak long said...

salam buat ibu guru...
waaa...entri khas kali ni...tajuk pun gempaq....mem kat umah tak suka beletiaq....lega la...

abu muaz said...

kalau tak berleter jadi sunyi pula rumah ....

Insan Marhaen said...

Aku dah biasa dengan leteran ibu_suri. Apa dibuat serba tak kena. Sabo aje le, yop. Nak buat camne...

Erna said...

samalah ibu guru,,malas nak berleter..takde respon...buat letih je..baik diam..membisu..baru ada respon..sebok tanya..kenapa diam aje..

iBu...gUru said...

linda,
ok la tu.............
jgn dok amal sikap tu,
buang masa jer....

iBu...gUru said...

salam ira,
habaq kat cik gu jamilah tu
jgn dok beletiaq sangat,
nanti che mat boring

iBu...gUru said...

salam maiyah.
bkn lelaki jer yg x ska dengar
leteran ........pompuan pun x suka

iBu...gUru said...

salam pak long
untung la dpt maklong tu....
x suka bletiaq

iBu...gUru said...

salam en. abu,
kalu sunyi bawak2 lah bergurau
dgn mem bsaq tu

iBu...gUru said...

salam IM
betui tu.....
sabo je le yob.....

iBu...gUru said...

salam erna
dari dok beleter tu baik kita
jalan2 di alam maya....