Monday 7 June 2010

BILA SUAMIKU BERLETER.............



Inilah meja yang menjadi leteran en.suami. Katanya menjadi halangan
kepada laluan dalam rumah. Suatu malam bukan en.suami yang menonton
tv tapi yang menontonnya. Bila tengok tv menonton en.suami, ibu pun
mematikan tv, offkan suis lampu dan terus keatas tanpa mengejut en.suami.
Bila en.suami tersedar nak kebilik dalam gelap terlanggar meja yang
dikatakan menghalang laluan. Esoknya mulalah en.suami pot.pet.pot.pet
pasal meja jepun tu. Beberapa hari baru nampak kesan pada betisnya.

Inilah rupa orang sakit sedang menunggu giliran mendapatkan rawatan.
Dah tua2 pun takut nak jumpa doktor.
Bila nak jumpa doktor mesti nak ibu temankan.


Setelah seminggu beginilah keadaanya ..........seakan bisul.
"Walau apa pun hari ni MC." kata ibu pada en.suami.
Tiga tahun lagi, dah setengah abad usia tapi takut nak ke hospital.
Bermalam di wad memang tak pernah. Kalau sakit sikit-sikit
jangan harap nak kehospital......... ke klinik swasta je lah.
Tak mahu juga ke hospital......... nak ke klinik juga.
Klinik pun kliniklah.
Dari cara jalannya ibu tahu memang sakit, tapi katanya tak sakit.


Dah selesai berleter lagi..........
" Tu la tadi tak sakit pun......... sekarang nak jalan pun susah."
Menyalahkan ibu pulak...........
" Tengok nak drive pun sakit."
Masa datang tadi en.suami yang drive.
Masa balik terpaksa lah ibu yang drive..... terpaksa lah
On the way nak balik berleter lagi..............
Katanya bawak kereta laju....... tak kira tempat
60kmj, 70kmj, 90kmj tetap 100kmj.
Bila dapat saman tak mengaku bawak laju, katanya

IBU GURU MASIH DI SINI..................... OK JUGA SESEKALI DENGAR SUAMI BERLETER.........................
KALAU SUAMI DIAM JER RASA BORING PULAK.

12 comments:

pak long said...

salam buat ibu...
ishhh..saspen jugak tengok kak abg tu...
tu la meja jepun baik letak tepi....berbahaya pada perahu lama...hehehehe

atuk said...

Assalamualaikum Ibu Guru

ish ish
kesian abang tu
patutpun dia beleter
jarang lelaki suka berleter
he he

dah minta maaf dgn nyeee

Wasslam

Maiyah said...

hehe.. ibu dah berleter.. leter sbb syg kan kan..

secangkir madu merah said...

salam..., eloklah dialihkan meja itu...kesian pulak tengok suami keadaan suami ibu...harap2 dia ok..
memang ada jenis lelaki yg suka mengomel...spt suami ku juga hehehehhee....

Acik Erna said...

ibu guru..suami tu..berleter sebab sakit tu..he he...sabo je la...layan orang sakit kan...

iBu...gUru said...

salam pak long
dah ubah dah......... tapi ganti dgn benda lain plak.....

iBu...gUru said...

salam atuk rozali

dia mmg jarang beleter kalau di beleter pun dia kan kalah kerana org yg dileteri mempunyai hujah2 yg x yg x boleh di patahkan....... jln terbaik ....diam jer lah. minta maaf dah ........... tiap2 ari, sebelum pergi kerja dan blk kerja

iBu...gUru said...

sayang maiyah.........
kalau tak beleter sunyi plak rumah...
dahla tinggal berdua jer

iBu...gUru said...

salam smm
mmg dah alih dah ....... kalau tidak kna dengar lagi leteran tu, kena pula anak pun sokong

iBu...gUru said...

salam kak erna
layan org tua sakit mmg susah......

pecinta_Islam said...

hmm..hanya tersepak bucu meja tp kesan nya teruk jgk..muga dijauhkn dr penyakit yg berbahaya

iBu...gUru said...

salam syahbandar
ibu pun tak sangka jadi sampai cam tu........ tapi sekarang dah ok dah... tak sakit dah, tunggu luka yg di operate tu baik jer....