Sunday, 4 July 2010

OLE-OLE DARI PAK LONG

Melentur Bulur Biar Dari Rebungnya.

Buluh

Satu pepatah yang biasa kita dengar, tetapi jarang kita praktiskan dalam kehidupan berkeluarga. Kerap kali kita dengar alasan ibu bapa : biar lah dulu, depa masih kecik lagi. Itu kata-kata orang utara.

Persoalannya adalah tepat alasan yang diberikan itu dan sesuai serta tepat untuk kita amalkan. Situasi lain pula, ada ibu bapa memberikan alasan, nanti besar pandailah sendiri. Kita dulu pun camtu, lama-lama tau la tu.

Alasan ini mungkin boleh digunakan untuk sesetengah perkara tetapi bukan semua khususnya yang berkaitan dengan agama. Menjadi tanggung jawab kedua ibu bapa memastikan anak-anak terdidik dengan pengetahuan agama secukupnya dan menpraktikkan seawal usia bagi memudahkan mereka amalankan sesudah akhil baligh.

Rasulullah sendiri berpesan dengan sabda nya:

"Perintahkanlah anak2 itu untuk bersembahyang setelah mencapai usia tujuh tahun dan apabila telah berusia sepuluh tahun, maka pukullah dia jika meninggalkan sembahyang"
-Riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Jelas bahawa ibu bapa wajib mengajar anak mereka solat seusia 7 tahun dan wajib di pukul (rotan) pada usia 10 tahun.



Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami! Perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".
(Surah Ibrahim: 40-41)



Rebung

Teringat nak buat en3 ini, kerana gambar ini lah. Semalam ada jemputan doa selamat rumah kawan lama kat Taiping. Lepas itu langsung ke rumah pak long (bapa saudara en.suami) kat Changkat Jering. Masa nak balik diberinya ole-oleh di atas.

IBU GURU MASIH DI SINI....................SEBENARNYA TAK TAHU MACAMANA NAK SIANG REBUNG TU. PAK LONG NAK TOLONG SIANGKAN TAPI IBU CAKAP TAK PAYAH NANTI BALIK BOLEH BUAT. DAH LAH ORANG TU PERGI CARI.......... NAK SIANG LAGI....... ALAMATNYA MAK BONDA LA YANG SIANGKAN NANTI. RESIPINYA AKAN DIMUATKAN DALAN EN3 AKAN DATANG......................

5 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ibu Guru

rebung
masak lemak sedap

cangkat jering
kg gajah ye

Wassalam

iBu...gUru said...

salam atuk rozali
memang cadang nak buat masak lemak cili api dengan udang atau perut..... changkat jering kat taiping la atuk...jauh lagi nak sampai kg.gajah

kak Erna said...

salam ibu guru..hati2 rebong tu..ada miangnya..kena pandai buang kulit yang ada miangnya tu..lepas..hiris nipis2..rebus sekeja..kalau nak masak ..ataupun..bolih rendam dulu..2 hari ke..baru masak..

iBu...gUru said...

salam kak erna
petang tadi pergi rumah mak bonda siap mak bonda buang kulit dan hiris nipis2 rendam dalam air simpan dalam peti sejuk. esok balik sekolah lunch
kat situ. mak bonda kata nak masak lemak cili api ...... dah tua2 cam ni pun masih harap kat mak......

Insan Marhaen said...

jangan lupa bubuh ikan masin. hmmm...

tapi, macam mana nak lentur semasa masih rebung... ya?