Friday 18 February 2011

18.2.1988 - 18.2.2011


Ada majlis kat rumah pak teh. Sejak pagi lagi jiran-jiran sibuk menolong untuk majlis itu nanti. Ada yang menolong menyiapkan barang hantaran. Ada yang menyiapkan hidangan untuk makan tengahari. Meriah sekali....... ramai saudara mara terdekat yang hadir Rupa-rupanya majlis tu untuk anak perempuan tunggal pak teh dan mak teh. Anak pak teh dan mak teh akan di ijab kabulkan petang ni.

Tanggal 18 Februari 1988

Lebih kurang pukul 2.00 petang rombongan pengantin lelaki sampai. majlis dimulakan. Tok kadi pergi jumpa bakal pengantin perempuan bersama bapa pengantin perempuan untuk menandatangani beberapa dokumen. kemudian tok kadi minta kad pengenalan dan tandatangan dua orang saksi belah perempuan. belah lelaki pun dua orang saksi juga.
Dengan sekali lafaz "Aku Terima Nikah ....... Binti Hassan Dengan Mas Kahwinnya......Ringgit , Tunai". Saksi-saksi pun jawab "Sah!!". maka dengan rasminya aku sudah menjadi isteri yang sah kepada R. Azmi bin R. Ahmad.

Tanggal 18 Februari 2011

Dapat SMS dari MY Bujang " Happy wedding anniversary yang ke 23 ibu dan ayah.................. moga terus bahagia selalu "


IBU GURU MASIH DI SINI.............. MENGHARAPKAN KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT DALAM MENGHARUNGI HIDUP INI. JADIKAN LAH DIRI INI IBU , ISTERI DAN ANAK YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN ORANG-ORANG YANG
TERSAYANG.........LOVE U TO MY LALING

14 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ibu Guru

SELAMAT ANNIVERSARY
moga berkekalan hingga ke Syurga

Wassalam

iBu...gUru said...

w.salam atuk........ trima kasih. Amin.

pak long said...

salam ibu...
selamat hari ulang tahun perkahwinan...waaaa..tak buat majlis doa selamat ka..?

Acik Erna said...

Assalam ibu guru.tahniah,
selamat ulang tahun perkahwinan..semoga kebahagiaan berpanjangan..

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah..dah 23 th..saya baru 19 th...
semoga jodoh berkekalan hingga ke hujung usia...

hentian said...

bukan mudah pertahankan perkahwinan,
jutaan dugaan menjadi igauan,
alangkah manisnya 18hb,
seperti tak percaya dah sampai ke bulan...

zue said...

assalamualaikum ibuguru,
happy aniversarry..semoga brkekalan hingga akhir hayat.

Pn Kartini said...

Salam ibuguru...:)

Happy Anniversary!!..
Moga diberikan kebahagiaan yang selamanya dan diberkatiNya selalu..:)Amin

iBu...gUru said...

SALAM PAK LONG........... dah buat kat masjid malam jumaat semalam

iBu...gUru said...

as salam kak erna ......... trima kasih. amin

iBu...gUru said...

as salam pn. kamsiah.......... itu lah harapan kita moga kebahagian hingga kehujung usia....... terima kasih

iBu...gUru said...

assalamualaikum IM .............alhamdulillah dapat mengharungi segala dugaan dengan baik berkat kesabaran dan tolak ansur semua ahli keluarga....... yang akan datang tak tau lah pulak semua itu ketentuan ilahi....

iBu...gUru said...

assalam zue .... tq zue....... u2

iBu...gUru said...

as salam cikgu tini..... terima kasih kerana mendoakan ibu ...... moga kebahagian mengiringi kita semua . amin