Tuesday 13 July 2010

BUAH AMRA

BUAH KEDONDONG/AMRA


Ahad lepas balik ke rumah mak bonda. Selepas makan buah rambutan
(malas nak petik .......banyak semut tapi makan sedap)
teringat nak ambil buah amra, lebat juga...............
buahnya tak pernah putus, sentiasa ada.
Pokoknya yang agak rendang dan rendah senang untuk dipetik buahnya.

Pelbagai juadah boleh dibuat dari buah amra ini
seperti rojak, paceri, pengganti asam dalam sambal belacan,
kerabu, jeruk, jem atau jus

Inilah setelah sipetik dari pokok.......... banyak lah juga.
Nak makan tak terhabis rasanya.
Hari ini bawa ke sekolah dapat kawan-kawan merasa sama.
Sebenarnya en3 kali ini nak buat jus amra.
Jom cuba buat jus amra


JUS AMRA


Bahannya:

1. Buah kedondong (ikut suka banyaknya) kulitnya dikupas dan dipotong
dan diblend bersama air dan ditapis

2. Asam boi (serbuk atau yang berbiji)

3 Pewarna hijau kalau suka (sikit saja untuk mencantikkan jus kalau tak mahu takpe)

4. Ketulan ais

5. Sirap gula ( ikut manis yang dikehendaki)

Caranya: Campur kesemua bahan tu dan kacau

NIKMATILAH SEPUAS-PUASNYA JUS AMRA



IBU GURU MASIH DI SINI .................... SUKA MAKAN BUAH AMRA/KEDONDONG CECAH DENGAN KUAH ROJAK ...............SEDAP ........... ORANG LALU KAT BELAKANG PUN TAK NAMPAK




19 comments:

sud@is said...

salam, kawan sy amalkan untuk turunkan darah tinggi..tq

Zaitun said...

Salam kenal

Kalau pergi Penang kak Zai mesti beli jeruk amra,sedap.

atuk said...

Assalamualaikum Ibu Guru

belum pernah saya minum jus amra

kalau pi rumah ibu guru
boleh jamu saya
he he

Wassalam

iBu...gUru said...

salam sud..@..is
thanx....... satu info baru

iBu...gUru said...

salam zaitun....
saya kalau ke chowrasta mesti beli jeruk "mangga apple"

iBu...gUru said...

salam atuk rozali
jemput2.......... akan dihidangkan jus amra special

Ariff Budiman said...

ibu guru. Buah amra memang sedap. Saya suka makannya. Kuah rojak saya buat sendiri. Jus amra baru nak belajar dengan ibu guru

iBu...gUru said...

salam yg arif
boleh la kita tukar2 resepi.... jus amra dengan kuah rojak

Acik Erna said...

ibuguru..tak pernah akak minum ni..yang akak pernah buat sendiri dan sedap diminum..cuma durian belanda dan mangga je..

iBu...gUru said...

salam kak erna
cuba la kak...... sedap jus ni. mak bonda saya suka tambah sedikit 7 up macam buat jus pegaga....... saya lebih sula tambah asam boi........ masam sikit ditambah dgan ais minum time tengahari.... dapnyer

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,

Ibu Guru, saya biasa makan buah kedondong dengan kicap dan gula aja...best gak...

Cikgu Yang said...

Salam Ibu Guru.. Bestnyer, kalau dapat bersama-sama menikmatinya..

Cikgu Yang said...

iBu ..gUru , Terima kasih UCAPANnya... Saya gembira Puan menziarahi saya , selalu2 lah untuk menaikan motivasi menulis saya. He he he~~ @_*

kak su said...

Salam iBu gUru

Mmmm...buah kedondong...sedapnya.

Geramnya...

Wslm

iBu...gUru said...

salam lipislady
nanti boleh la cuba buat jus plak

iBu...gUru said...

salam lipislady
nanti boleh la cuba buat jus plak

iBu...gUru said...

salam cik gu yang
mesti cik gu seorg guru yang hebat... jasa mu akan sentiasa di kenang .... tahniah sekali lagi

iBu...gUru said...

salam kak su
mari kita cuba buat jus........

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, tengah cari buah kedondong, nak cuba buat jus.